GAMIS4PRU14: ANAK MUDA DAN RUMAH MAMPU MILIK

Oleh: Nur Aisyah binti Mohamed

Kini, peruntukan rumah mampu milik menjadi masalah utama dalam kalangan masyarakat apatah lagi anak muda. Khazanah Research Institute (KRI) turut melaporkan bahawa isu rumah menjadi masalah utama dalam kalangan penggubal dasar di seluruh dunia tidak terkecuali Malaysia.Rumah mampu milik secara umumnya didefinisikan sebagai rumah yang memenuhi keperluan dari segi kualiti dan lokasi, mampu dibeli dan pembeli rumah berkenaan masih berupaya membeli keperluan asas yang lain. Menurut UN-HABITAT, kemampuan membeli rumah dari segi kewangan bergantung pada dua komponen utama iaitu kos membeli rumah, dan kos menyelenggara rumah.

Generasi anak muda pada hari ini dilihat berhadapan dengan masalah genting apabila ramai daripada golongan tersebut tidak mampu memiliki rumah ekoran harga rumah yang yang meningkat melebihi pendapatan isi rumah. Perkara ini hanyalah menjadi impian yang terkubur buat anak muda kerana mereka hanya mampu melihat sahaja tetapi tidak mampu memiliki rumah idaman. Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan bahawa harga rumah di Malaysia ketika ini berada pada tahap sangat tidak mampu milik.Dari tahun 2007 ke 2016, harga rumah meningkat 9.8%, sementara pendapatan isi rumah rakyat Malaysia hanya meningkat 8.3%. Menurut BNM, istilah rumah mampu milik ialah rumah yang berharga kurang tiga kali ganda pendapatan tahunan isi rumah median sedangkan harga rumah di Malaysia pada hari ini mencecah sehingga lima kali ganda pendapatan isi rumah median.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh McKinsey Global Institute turut menjadi satu kerisauan kepada rakyat Malaysia apabila ia menganggarkan 330 juta isi rumah bandar di seluruh dunia mendiami rumah yang standardnya rendah atau terbeban oleh kos perumahan. Kenaikan harga rumah menarik projek pembangunan hartanah mewah berbanding rumah mampu milik yang mengakibatkan kekurangan bekalan rumah sedemikian, sehingga melonjakkan harga rumah sedia ada bagi segmen kos rendah dan sederhana. Selain itu, masalah ketidakpadanan permintaan dan bekalan juga menjadi penyebab kepada kenaikan harga rumah di bandar raya utama serta menjadi punca kesukaran kepada golongan anak muda untuk membeli rumah.Harga rumah yang terlalu tinggi menyebabkan golongan B40 dan M40 tidak mampu membeli rumah tetapi hanya menyewa untuk suatu jangka masa yang lama.

Justeru Gagasan Sejahtera di dalam Tawaran Manifesto Malaysia Sejahtera telah mengusulkan satu solusi bagi membantu menyelesaikan masalah ini dengan mengurangkan harga rumah mampu milik antara RM 50 000 sehingga RM 180 000. Gagasan Sejahtera juga di bawah 9 Teras Pembentukan Malaysia Sejahtera berhasrat melaksanakan Program Mampu Memiliki Rumah melalui perkongsian kos antara rakyat dan kerajaan seumpama perkongsian pemilikan dengan individu atau ogranisasi. Solusi ini dilihat mampu menyelesaikan masalah tidak mampu memiliki rumah dan mengurangkan bilangan rumah tidak terjual oleh pemaju. Namun demikian, jangan dilupakan bahawa titik awalnya adalah usaha anak muda sendiri untuk membantu membina ekonomi diri seterusnya bangsa dan negara kearah yang lebih stabil.

Rujukan:

1. Hariz, L. (2018, February 15). Harga rumah di Malaysia sangat tidak mampu milik – BNM. Retrieved from Astro Awani : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/harga-rumah-di-malaysia-sangat-tidak-mampu-milik-bnm-168263
2. J., L. C. (2016). Pencerahan Terhadap Isu Rumah Mampu Milik di Malaysia. 99-108.
3. Ling C. S., A. S. (2017). Rumah Mampu Milik: Cabaran dan Langkah Ke Hadapan. Buletin Suku Tahunan Bank Negara Malaysia , 21-29.
4. Manifesto Malaysia Sejahtera (Peringkat Pertama). (2018.). Retrieved from https://malaysiasejahtera.my/
5. UN-HABITAT (2011). ‘Aff ordable Land and Housing in Asia’. UNON, Publishing Services Section, Nairobi

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!