Gaza Bersahur Dan Iftor Dengan Ledakan Peluru Dari Israel

gambar-Gaza-di-bom-Israel

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sedang umat Islam seluruh dunia kelaparan kerana menunaikan tanggungjawab berpuasa di bulan Ramadhan, saudara kita di Gaza sedang kelaparan kerana diserang tanpa henti oleh Israel. Sedang peminat Argentina seluruh dunia meratapi kekalahan kepada Jerman, saudara kita di Gaza meratapi keluarga mereka yang mati syahid dibunuh oleh tentera zionist yang zalim. Sedang peminat Jerman kegembiraan berjaya menewaskan Argentina di perlawanan akhir Piala Dunia 2014, tentera Israel bergembira membunuh kejam saudara kita di Gaza.

Kata Israel, mereka menangkis dan menyerang semula peluru-peluru yang dilancarkan dari Gaza. Siapa yang mahu percaya kenyataan mereka itu tetapi mereka tidak sedikit pun peduli kerana matlamat mereka merobek Gaza dan menghalau semua pemimpin Hamas keluar dari Gaza.

Bangsa Yahudi sangat memandang rendah bangsa lain yang dianggapnya sama taraf dengan haiwan. Bagi mereka jika seorang Yahudi mati dibunuh oleh Palestine balasannya mesti dua orang Palestine wajib di bunuh. Kesombongan mereka bukan sekarang tetapi sejak beribu tahun. Tidak pelik mereka berani membunuh saudara kita di Gaza walaupun dikutuk satu dunia kerana bangsa mereka sudah membunuh ramai para Nabi mereka inikan pula manusia biasa seperti Palestine. Sehingga petang semalam, 173 warga Gaza syahid, 1270 cedera dan kini semakin meningkat sehingga ratusan rakyat Palestin cedera parah ekoran serangan bertubi-tubi dari regim Zionis.

“Ditimpa kepada mereka (Ahli Kitab) kehinaan di mana sahaja mereka ditemui kecuali sekiranya mereka berpegang dengan tali Allah (agama Islam) dan menjaga perhubungan baik dengan sesama manusia. Dan mereka itu kembali dengan mendapat kemurkaan dari Allah dan ditimpa ke atas mereka kesusahan hidup. Yang demikian itu kerana mereka kufur kepada ayat-ayat Allah dan membunuh Nabi-nabi tanpa kebenaran. Yang demikian itu kerana mereka durhaka kepada Allah dan melampau batas.” (Surah al-Imran: Ayat 112)

Ini bukan Ramadhan pertama Israel menyerang Gaza tetapi entah Ramadhan yang keberapa tetapi Gaza tetap utuh dikelilingi Israel yang zalim. Mereka menyangka bumi Palestine adalah bumi nenek moyang mereka kerana itu mereka sedaya upaya menghalau umat Islam dari Gaza dan seluruh Palestine. Marilah kita bermunajat di bulan Ramadhan memohon ALLAH memberi pertolongan kepada saudara-saudara kita di Gaza dan Palestine keseluruhannya daripada kezaliman Israel yang menunggu masa akan dihalau dari bumi suci Palestine.

Setiap roket Israel yang menghentam Gaza ada pertolongan dari ALLAH untuk saudara kita di Gaza. Syurga adalah milik mereka. Mereka dimuliakan Allah kerana memikul tugas yang besar iaitu membebaskan bumi Palestine dari cengkaman Israel laknatullah a’laihim. Bahkan, bagi rakyat Palestine nilai dan makna sebuah kehidupan mereka kini semakin bermakna kerana syahid itulah yang menjadi cita-cita mereka. Sejauh mana canggih kelengkapan tentera pihak lawan, keyakinan mereka terhadap janji Allah itu tidak pernah goyah malah makin utuh terpasak bersama iman dijiwa.

Dan ALLAH lebih mengetahui berkenaan dengan musuh-musuh kamu, (oleh itu awasilah angkara musuh kamu itu). Dan cukuplah ALLAH sebagai Pengawal yang melindungi dan cukuplah ALLAH sebagai Penolong (yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka) – Surah An Nisa ayat 45

Ayuh rakyat Malaysia yang mengaku bersaudara dengan umat Islam di Palestine, hulurkan sumbangan berbentuk kewangan dan juga doa kepada mereka. Moga kita tidak dipersoalkan Allah kerana tindakan yang membisu menbiarkan rakyat Palestine terus diratah oleh regim Israel dan konco-konconya.

 

 

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!