Golongan Muda Perlu Segera Membuat Pendaftaran Pemilih

GAMIS menyambut baik usaha dan kempen yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam memastikan peningkatan bilangan pengundi berdaftar di Malaysia.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah ketika menyatakan statistik terkini, kira-kira 45% daripada rakyat Malaysia terdiri dari kalangan golongan muda namun lebih dari 4 juta golongan muda masih belum berdaftar. [1]

Oleh itu, sesiapa sahaja yang telah melepasi kelayakan untuk berdaftar iaitu warganegara Malaysia, berumur 21 tahun dan tidak hilang kelayakan melalui kuasa undang-undang amat disarankan untuk segera membuat pendaftaran pemilih.

Sebarang urusan pendaftaran boleh dilakukan di mana-mana lokasi berikut [2]:
1- pejabat-pejabat SPR
2- pejabat-pejabat pos berkomputer
3- wakil-wakil jabatan
4- wakil-wakil parti politik
5- Pasukan Outreach SPR

Semua kelompok masyarakat terutamanya golongan muda perlu yakin akan kepentingan proses demokrasi melalui pilihan raya dan bersama menjalankan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia.

“MELANGKAH BERSAMA ISLAM”

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) 2017


[1] 4.1 juta layak mengundi belum daftar (3 Mac 2017), Harian Metro Online, diakses 13 Mac 2017, dariĀ https://www.google.com/amp/www.hmetro.com.my/node/210659/amp
[2] Pendaftaran Pemilih, diakses pada 13 Mac 2017, dariĀ http://ppn.spr.gov.my/terengganu/?page_id=1259

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!