[GUGURNYA MUJAHIDAH SYURGA : AS-SYAHIDAH RAZAN ASHRAF AL-NAJJAR]

20 Ramadhan 1439H | 04 Jun 2018M

1. Pada hari Jumaat yang lalu bersamaan dengan 16 Ramadhan 1439H, seluruh dunia telah menyaksikan pemergian seorang sukarela paramedik muda Palestin yang bernama Razan Ashraf Najjar.

2. Gadis berumur 21 tahun itu dipercayai mati syahid apabila ditembak tepat di dadanya oleh sniper rejim Zionis Israel di saat beliau sedang memberikan bantuan perubatan kepada mangsa yang cedera di pagar perbatasan Khan Younes, di selatan Jalur Gaza.

3. Mujahidah syurga ini telah memberikan inspirasi dengan kata-katanya,

“Boleh sahaja jika saya hanya bekerja di hospital. Tetapi saya lebih suka untuk berada di barisan hadapan bersama-sama para sahabat saya di lapangan. Setiap hari akan ada yang gugur syahid di Gaza dan mereka itu lebih mulia daripada saya. Saya mengharapkan saya juga syahid seperti mereka.”

4. Hari ini kita melihat bahawa kezaliman dan penindasan terus menerus dilakukan oleh rejim Zionis Israel kepada rakyat Palestin tanpa perikemanusiaan dengan membunuh jiwa-jiwa yang tidak berdosa.

5. Walau bagaimanapun, keadaan ini sama sekali tidak pernah memadamkan semangat jihad dan keberanian setiap rakyat Palestin tanpa mengira jantina dan umur dalam mempertahankan tanah air yang tercinta sehingga titisan darah yang terakhir.

6. Di kesempatan ini, Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) menyeru agar seluruh anak muda khususnya wanita muda untuk bangkit dan mengambil iktibar dengan memupuk semangat jihad dan pengorbanan yang tinggi dalam mempertahankan maruah Islam dan tanah air yang tercinta.

7. Akhir kata, teruskan mengirim senjata yang paling berharga bagi seorang mukmin iaitu doa, buat rakyat Palestin di sana. Semoga sumbangan kecil kita ini mampu memberikan kekuatan buat mereka dan membantu dalam memenangkan Islam.

Tenanglah engkau di sana wahai srikandi syurga.

“ISTIQAMAH BERSAMA ISLAM”

SITI SARAH BINTI SARIF
Pengerusi Sinergi Gerakan Mahasiswi 2018

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!