Henti Pencabulan Terhadap Kebebasan Bersuara Mahasiswa

 

BANGI : Universiti Kebangsaan Malaysia bakal menyaksikan perbicaraan enam orang mahasiswa hari ini di atas pertuduhan menghadiri Siri Jelajah Kampus GST pada Mac lalu.

Berikutan itu, kepimpinan Sinergi Gerakan Mahasiswi mengecam tindakan universiti yang tidak profesional dan matang dalam mengadili mahasiswa dan mahasiswi universiti yang bangkit memberi pencerahan tentang Goods and Services Tax (GST).

Muna Adiela, Timbalan Pengerusi Majlis Politik Nasional berucap di dalam Kongres Rakyat yang lalu, ‘Sepertimana kita tuntut adanya kebebasan badan penguatkuasa daripada cengkaman politik, begitu juga kita perlu tuntut bebasnya universiti daripada cengkaman politik luar’.

Katanya lagi,’ Jika hari ini rakyat masyarakat memilih untuk pejam mata tidak peduli terhadap isu-isu yang berlaku di universiti, saya kira kita kena bersedia untuk melihat masa depan Malaysia akan dikorbankan.”

Universiti Kebangsaan Malaysia yang merupakan satu-satunya universiti yang mengeluarkan pertuduhan terhadap mahasiswa terbabit jelas membuktikan lemahnya keterbukaan dan tinggi kediktatoran pentadbiran universiti yang menutup mulut sesiapa sahaja yang bersuara.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!