[ HI-TEA BERSAMA PERSATUAN ANAK MUDA PELBAGAI KAUM : GAMIS MENGORAK LANGKAH DALAM MEMACU PERPADUAN RAKYAT ]

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hari ini telah melaksanakan langkah awal dalam sebuah program berbentuk diskusi santai yang memberi penekanan terhadap memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Program ini telah dihadiri oleh ahli dan wakil beberapa persatuan yang terdiri daripada anak muda bukan Islam daripada pelbagai latar kaum yang telah memberi komitmen sepenuhnya untuk bersama GAMIS dalam menjayakan program diskusi santai ini.

 

Sebagai makluman, persatuan tersebut adalah :

1) Persatuan Mahasiswa Cina UKM
2) Perwakilan Mahasiswa India
3) Persatuan Belia Xiang Lian
4) Kelab Bahasa Mandarin UKM

Matlamat program ini adalah bagi memecah tembok sentimen perkauman dalam kalangan anak muda yang terhasil daripada ketidakfahaman antara satu sama lain.

Selain itu, GAMIS juga menyedari bahawa dengan saling kenal mengenali antara kaum dan budaya dapat lebih menyatukan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Ini bertepatan dengan firman Allah Taala untuk saling mengenali, seperti didalam Surah Al -Hujurat ayat ke 13 :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Terjemahan : Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Tambahan lagi, melalui diskusi ini telah terhasilnya beberapa resolusi yang dipersetujui bersama bagi merancakkan lagi kerjasama antara kaum di Malaysia khususnya anak muda dengan terhasilnya sebuah projek yang diberi nama :

“Projek Perpaduan Nasional “.

Oleh itu, beberapa program telah diatur bersama bagi menjayakan lagi projek ini antaranya daripada sudut program kebajikan, perkongsian bahasa dan lain-lain.

Diharapkan agar dengan diskusi santai antara NGO pelbagai kaum ini dapat memberi manfaat buat kita bersama selaku anak muda yang berperanan besar dalam mencorak negara yang dicintai ini dengan lebih baik khususnya didalam isu perpaduan diantara kaum.

Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama secara langsung atau tidak langsung.

Sebagai makluman akhir, GAMIS terbuka dengan sebarang bentuk kerjasama selanjutnya khusus kepada anak muda dalam pelbagai kaum dan agama.
Bagi mereka yang berminat,
anda boleh menghubungi nombor berikut :

+60178767921
Inazahiriyah Binti Sabtu
( Timb.Pengerusi Majlis Dakwah & Kebajikan GAMIS 2018)

” Salam Perpaduan Nasional ”

ISTIQAMAH BERSAMA ISLAM

REJUVENASI DAKWAH, INSPIRASI UMMAH

27 ZULHIJJAH 1439H | 8 SEPTEMBER 2018M

Syed Muhamad Syazwan Bin Syed Roslan
( Pengerusi Majlis Dakwah & Kebajikan GAMIS 2018)

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!