HIJRAH : SUATU PERUBAHAN

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Inilah lafaz agung yang harus setiap manusia ungkapkan. Inilah ikrar kita sebagai seorang hamba kepada Allah taala.

Alhamdulillah, tanggal 10 september 2018, adalah tarikh tahun baru hijrah 1440. Moga-moga tahun ini menjadi lebih baik dari tahun yang lepas.

Inilah dia Suatu perubahan angka yang akan terus berubah dari tahun ke tahun. Suatu perubahan yang tiada seorang pun di dunia akan tahu bila berakhirnya perubahan ini. Hal ini mengingatkan kepada kita bahawasanya pergerakan masa dan waktu akan terus berlaku. Jadi apa yang kita sediakan untuk diri kita? Apa yang kita lakukan untuk agama kita? Ayuh sama sama kita renungkan dalam diri kita dengan umur kita yang semakin meningkat ini. Apa yang telah kita lakukan.

Di sini, Majlis Tarbiyah Kepimpinan Nasional GAMIS mengajak kepada semua masyarakat khususnya kepada Mahasiswa Islam untuk sama-sama kita lakukan anjakan paradigma dalam diri dengan menjadi Mukmin Yang Berjaya.

Ayuh kita tanamkan keazaman yang jitu untuk memupuk Sifat Mukmin Yang Berjaya dalam diri kita.

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ١
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

ٱلَّذِينَ هُمۡ فِي صَلَاتِهِمۡ خَٰشِعُونَ ٢
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya

وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ ٣
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia

وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِلزَّكَوٰةِ فَٰعِلُونَ ٤
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu)

وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَٰفِظُونَ ٥
Dan mereka yang menjaga kehormatannya

وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِأَمَٰنَٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَٰعُونَ ٨
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya

وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَوَٰتِهِمۡ يُحَافِظُونَ ٩
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya

Moga kita dapat terapkan amalan-amalan ini dalam kehidupan seharian kita. Dan In sha Allah jika kita dapat laksanakan semua ini kita akan berhak mendapat nikmat daripada Allah SWT. Apakah nikmat itu?

أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡوَٰرِثُونَ ١٠ ٱلَّذِينَ يَرِثُونَ ٱلۡفِرۡدَوۡسَ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi;
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Muhammad Mustaqim Bin Razalli
Pengerusi,
Majlis Tarbiyah Kepimpinan Nasional
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!