Hikmah Israk Mikraj : Perjalanan Yang Agung


Sebahagian ulama’ berbeza pendapat dalam menentukan tarikh berlakunya peristiwa agung ini. Antaranya :
1) Berlaku pada tahun kenabian Nabi Muhammad saw. (At Tobari)
2) Berlaku 5 tahun selepas tahun kenabian. (An Nawawi, Al Qurtubi)
3) Malam 27 Rejab tahun ke 10 kenabian.
4) Ramadhan tahun ke 12 kenabian.
5) Muharram tahun ke 13 kenabian.
6) Rabiulawal tahun ke 13 kenabian.
Disebalik kekhilafan pada penetapan tarikh, disana jelas bahawasanya *tiada khilaf* tentang perkara kefardhuan solat 5 waktu berlaku dalam peristiwa Israk dan Mikraj.
Perjalanan Rasulullah saw
Imam Ibn Qayyim berkata, Rasulullah SAW dijalankan jasadnya dari Masjidil Haram ke Baitul Maqdis dengan menaiki Buroq dan ditemani oleh Jibril Alaihissalam. Rasulullah SAW menjadi imam sewaktu bersolat bersama dengan para anbiya’ di Baitul Maqdis. Kenderaan Rasulullah iaitu Buroq di ikat di pintu masjid. 
Kemudian, Rasulullah dijalankan pula dari Baitul Maqdis ke langit dunia, seterusnya ke langit kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam, ketujuh dan akhirnya Nabi Muhammad SAW diangkat ke Sidratul Muntaha.
*Dalil :* 
ِسُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Maksud nya : 
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Hikmah tersembunyi
Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan dalam kuliah beliau bahawasanya apa yang penting daripada peristiwa Israk Mikraj ini adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad SAW. Diperlihatkan kebesaran kerajaan Allah SWT supaya baginda sedar bahawa tugas kerasulannya kepada seluruh umat hingga ke hari Kiamat adalah terlalu kecil jika dibanding dengan kekuasaan Allah SWT.
Sejarah terunggul israk mikraj ini seharusnya diambil iktibar oleh semua manusia merentasi benua dan dijadikan pedoman sepanjang zaman dalam memandu kehidupan menuju dan mengapai keredhaan Allah.
MAJLIS DAKWAH DAN KEBAJIKAN GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) 2017
*MELANGKAH BERSAMA ISLAM*
Rujukan : Raheequl Makhtum

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!