100k Rakyat & Mahasiswa Bantah GST di Dataran

1907313_741940639169605_4788229266205554260_nKUALA LUMPUR : Semalam, bertarikh 1 Mei 2014, bersamaan dengan hari cuti umum Malaysia, telah menyaksikan puluhan ribu rakyat Malaysia berhimpun atas satu dasar iaitu himpunan bantah GST.

Pelbagai NGO, pelbagai peringkat umur rakyat Malaysia dan pelbagai kaum berkumpul di Dataran Merdeka petang semalam, datang dari seluruh negeri di Malaysia, hadir untuk menunjukkan sokongan terhadap seruan membantah pelaksanaan Goods and Services Tax (GST) yang telah diluluskan perlaksanaannya pada April tahun hadapan.

Himpunan dihadiri oleh kira-kira 95 NGO dan hampir 100 000 rakyat Malaysia yang tiba dari pelbagai lokasi, dari SOGO, dari Masjid Negara, dari Dataran Maybank dan juga dari KLCC.

Hampir jam 1 petang, kawasan sekitar Dataran Merdeka sudah mula dipenuhi oleh orang ramai. Ucapan di Jalan Raja, Dataran Merdeka bermula lebih kurang jam 2.30 petang.

Abdul Malik, selaku Presiden GAMIS, yang memimpin mahasiswa dari Masjid Jamek turut memberi ucapan dalam sesi ucapan tersebut. Beliau menegaskan tentang aspek-aspek kesusahan yang akan rakyat hadapi sekira nya GST terlaksana.

“Kerajaan tergamak memilih untuk mengenakan cukai terhadap rakyat berbanding melaksanakan penjimatan. Ini adalah suatu pengkhianatan terhadap rakyat,” ujarnya.

Himpunan berakhir pada pukul 5 petang dengan ucapan terakhir oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pemimpin Pakatan Rakyat.
10299127_741940672502935_7050369115578415143_n

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!