HIMPUNAN MAHASISWA BANTAH UEC

Kira-kira lebih 400 orang mahasiswa telah turun bersama dan berhimpun secara aman di hadapan pasaraya membeli belah Kuala Lumpur, SOGO bagi menyatakan sokongan kepada bantahan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) semalam.

Antara tuntutan yang telah dikemukakan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) adalah; (i) Membantah hasrat kerajaan untuk mengiktiraf UEC dan (ii) Mendesak kerajaan untuk mengutamakan inisiatif pemerkasaan sistem pendidikan sedia ada. Dua tuntutan ini perlu didengari oleh kerajaan Malaysia Baharu kerana ia berkaitan dengan kesucian dan ketulenan Bahasa Kebangsaan dalam dasar pendidikan Malaysia.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua mahasiswa yang turut hadir dalam menyatakan bantahan kepada pengiktirafan UEC ini semalam.

“Istiqamah Bersama Islam”

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) 2018

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!