HUDUD : SIGMA Sedia Jumpa Dato Noor Faridah

51423297636_295x200SIGMA Sedia Jumpa Dato Noor Farida: Buka Ruang Perbincangan Ilmiah.

BANGI : Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato Noor Farida Ariffin, jurucakap Kumpulan Tokoh Melayu (G25), bukanlah satu kenyataan yang baru bahkan terdapat beberapa individu berpengaruh yang lain turut bersuara tentang isu yang sama.
Hakikatnya, kebanyakan masyarakat Malaysia khususnya orang Islam, masih tidak jelas dan kurang faham akan perlaksanaan undang-undang Islam. Penerangan dan perbincangan ilmiah mesti diperkasakan supaya matlamat undang-undang Islam dapat dicapai khususnya buat rakyat Malaysia beragama Islam.

Undang – undang Islam tidak hanya terhad kepada Hudud. Ia merangkumi Qisas, Hudud dan Ta’zir. Bagi kesalahan- kesalahan yang tidak dikategorikan di bawah Hudud akan dibicarakan di bawah undang-undang Ta’zir.

Beban pembuktian yang tinggi dalam pensabitan jenayah syariah adalah justifikasi kepada hukuman yang berat kepada pesalah dan membawa keadilan bagi pihak-pihak yang terlibat. Ini membuktikan bahawa undang-undang Islam adalah untuk mendidik masyarakat bukan semata-mata menghukum. Walau bagaimana pun, dalam sesuatu kes jenayah syariah seperti zina, sekiranya pihak-pihak yang terlibat mempunyai cara pembuktian selain dari 4 orang saksi, seperti ujian DNA, rakaman CCTV, cap jari dan sebagainya, adalah boleh diterima atas budi bicara Mahkamah Yang Mulia. Ini adalah untuk menyokong pertuduhan.

Meskipun dilihat pensabitan dan beban pembuktian adalah sangat berat, ini menunjukkan bahawa undang-undang Islam sangat menitikberatkan soal keadilan bagi semua pihak. Hakim Mahkamah sudah pasti tidak akan mudah menerima pendakwaan tanpa bukti yang kukuh dan juga tidak akan mudah melepaskan pesalah setelah didapati bersalah.

Apa yang perlu difahami oleh masyarakat adalah kesalahan merogol tidak sama dengan kesalahan zina.¬† Oleh itu, ia boleh dikategorikan dalam undang-undang Ta’zir dan beban pembuktian untuk mensabitkan seseorang tertuduh adalah lebih ringan berbanding kesalahan zina.

SIGMA menghormati Dato Noor Farida umpama seorang kakak yang berpengalaman dan telah lama berkhidmat untuk masa depan Malaysia. Justeru itu, SIGMA membuka satu ruang terbuka dan sedia bertemu Dato Noor Farida  untuk perbincangan ilmiah bagi menjelaskan salah faham dan kekeliruan terhadap undang-undang Islam.

Siti Sumaiyah binti Mohamed
Pengerusi SIGMA,
GAMIS 2015/16

‘Terus Melangkah Bersama’
LIKE | SHARE
FB : Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA)

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!