Ibrah Mendalami Dan Memahami Sirah dan Kisah Para Sahabat

11 MAC 2016

Sabda Nabi Muhammad S.AW:

عَنْجَابِرِبْنِعَبْدِاللَّهِأَنَّعُمَرَبْنَالْخَطَّابِأَتَىالنَّبِيَّصَلَّىاللَّهُعَلَيْهِوَسَلَّمَبِكِتَابٍأَصَابَهُمِنْبَعْضِأَهْلِالْكُتُبِفَقَرَأَهُالنَّبِيُّصَلَّىاللَّهُعَلَيْهِوَسَلَّمَفَغَضِبَفَقَالَأَمُتَهَوِّكُونَفِيهَايَاابْنَالْخَطَّابِوَالَّذِينَفْسِيبِيَدِهِلَقَدْجِئْتُكُمْبِهَابَيْضَاءَنَقِيَّةًلَاتَسْأَلُوهُمْعَنْشَيْءٍفَيُخْبِرُوكُمْبِحَقٍّفَتُكَذِّبُوابِهِأَوْبِبَاطِلٍفَتُصَدِّقُوابِهِوَالَّذِينَفْسِيبِيَدِهِلَوْأَنَّمُوسَىصَلَّىاللَّهُعَلَيْهِوَسَلَّمَكَانَحَيًّامَاوَسِعَهُإِلَّاأَنْيَتَّبِعَنِي

Hadis ini menceritakan tentang suatu ketika Umar bin Khatthab memegang suatu lembaran di tangannya. Ketika itu dilihat Rasulullah S.A.W, Beliau menanyakan kepada Umar lembaran apa itu ?Umar menjawab bahwa itu adalah lembaran yang memuat ayat-ayat Taurat. Rasulullah saw tampak marah. Rasulullah saw mengatakan, seandainya Musa hidup masa kini, maka ia haruslah mengikuti Quran.

Jika kita ingin kaitkan dengan hari ini, kita lebih utamakan kitab-kitab barat daripada Quran itu sendiri.Kita lebih mengagungkan tokoh-tokoh barat daripada banyaknya tokoh Islam.Ingin mengambil nilai-nilai murni daripada watak kartun (anime) daripada nilai-nilai murni daripada kisah para sahabat.Kita lebih utamakan pandangan ahli akademik daripada pandangan para Ulama. Sedangkan mereka berdiri diatas nama Islam tetapi mengutamakan pandangan barat terlebih dahulu.

Sabda Nabi S.A.W:
عَنْأَبِيهُرَيْرَةَرَضِيَاللَّهُعَنْهُأَنَّرَسُولَاللَّهِصَلَّىاللَّهُعَلَيْهِوَسَلَّمَقَالَتَرَكْتُفِيكُمْأَمْرَيْنِلَنْتَضِلُّوامَاتَمَسَّكْتُمْبِهِمَاكِتَابَاللَّهِوَسُنَّةَنَبِيِّهِ.
Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah,” (s.a.w.).

Slogan “Islam sebagai solusi” bukanlah sekadar retorik.
Bahkan sepatutnya perlu diaplikasikan dalam kehidupan kita.

Firman Allah:

يَاأَيُّهَاالَّذِينَآمَنُواادْخُلُوافِيالسِّلْمِكَافَّةًوَلَاتَتَّبِعُواخُطُوَاتِالشَّيْطَانِۚإِنَّهُلَكُمْعَدُوٌّمُبِين

“Wahai orang-orang yang beriman!Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” (al-Baqarah : 208)

Setiap Muslim perlu memahami secara sedar bahawa Islam sebagai peraturan hidup manusia. Umat Islam yang memahami hakikat ini sekali-kali tidak akan menyamakan Islam dengan mana-mana peruntukan hasil pemikiran makhluk.Setiap Muslim perlu meyakini bahawa Islam merupakan ‘Addin’ Allah SWT untuk manusia sejagat. Mereka perlu yakin bahawa Islam sahaja mampu menyelesaikan masalah manusia lantaran Islam ditanzilkan oleh Pencipta manusia.
Sesiapa yang memilih ‘Addin’ yang lain maka dia menempa kerugian seperti mana yang diperingatkan Allah SWT dalam Firman-Nya:
وَمَنْيَبْتَغِغَيْرَالْإِسْلَامِدِينًافَلَنْيُقْبَلَمِنْهُوَهُوَفِيالْآخِرَةِمِنَالْخَاسِرِينَ

“Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai Din (peraturan hidup) maka sesekali tidak diterima dan ia di akhirat kelak dari golongan mereka yang rugi.” – Surah Ali Imran: Ayat 85

Mohamad Farouk Hamzah
Majlis Penerangan & Informasi,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia.

 

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!