Israk dan Mikraj : Erti perjalanan dalam Kehidupan

 

Rasulullah SAW merupakan kekasih Allah yang dijaga dan ditarbiyyah secara sempurna olehNya. Kisah-kisah yang memaparkan pengorbanan baginda dalam menghadapi arus-arus perjuangan Islam sehingga kini menjadi iktibar dan dipasak kemas di dalam sanubari setiap umat. Begitu juga melalui kisah baginda yang disebut-sebut setiap kali tibanya bulan Rejab iaitu peristiwa israk dan mikraj. Begitu pelik dan aneh melihat ada sebilangan masyarakat yang baru terasa rindu dan teringat kembali kepada Baginda seterusnya baru terdetik ingin mencintai baginda bila mana datangnya bulan Rejab ini. Adakah kecintaan dan kerinduan kita kepada Baginda SAW hanya diungkapkan dan disematkan dalam jiwa semasa berada dalam bulan ini sahaja ?. Bagaimana dengan bulan-bulan yang lain ?.

Menurut Imam Bukhari sebelum berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW tidur bersama Saidina Hamzah dan Jaafar. Kemudian,baginda didatangi malaikat Jibril & Mikail dan mengangkat baginda ke telaga zam-zam. Lalu, dada baginda dibedah, dibersihkan hati dan dimasukkan ilmu, hikmah dan iman. Juga ditutup dan dicop kenabian pada belikatnya.Iktibarnya adalah untuk memberitahu kepada manusia supaya sentiasa membuang sifat buruk yang berada dalam hati .
ْ
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Al-Israk :1)

Alangkah indah dan seronoknya jika ramai umat Islam hari ni bersikap sepertimana sikap yang ditunjukkan oleh sahabat baginda yang sangat-sangat setia, Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA yang meyakini akan peristiwa Israk dan Mikraj. Pada ketika itu, puak kafir Quraisy menggunakan logik akal semata-mata yang bersalahan dengan wahyu Allah SWT dengan tidak mempercayai dan menerima berita mengenai perjalanan Nabi SAW menuju ke Masjidil Aqsa daripada Masjidil Haram dalam masa yang singkat . Bahkan ada juga daripada kalangan orang Islam yang lemah imannya yang tidak percaya akan peristiwa ini sehingga ada antara mereka yang murtad. Ini menunjukkan bahwa tarbiyyah secara istiqamah dan usaha untuk meningkatkan iman adalah urusan sepanjang masa.

Ramai dalam kalangan masyarakat pada zaman serba canggih ini mengambil kaedah jahiliyyah seperti ini iaitu menjadikan logik akal sahaja dalam melaksanakan sesuatu tujuan dalam kehidupan bahkan langsung tidak merujuk kepada nas yang dinyatakan dalam al-Quran dan Hadis. Perjuangan Islam juga seandainya menggunakan akal, tidak jauh beza dengan puak kafir Quraisy tersebut. Oleh itu, perjuangan yang berdasarkan iman yang mantap dan kefahaman ilmu yang shahih memerlukan kesabaran yang tinggi bagi meyakinkan masyarakat untuk menerima seruan perjuangan.

27 Rejab 1436H
“Terus Melangkah Bersama”
Majlis Tarbiyah dan Kepimpinan Nasional
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!