ISU SENSITIVITI AGAMA: WAJAR DIAMBIL TINDAKAN KERAS

ISU SENSITIVITI AGAMA: WAJAR DIAMBIL TINDAKAN KERAS

20 Februari 2019 | 15 Jamadil Akhir 1440H

1. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyelar tindakan rakyat Malaysia berbangsa Cina yang menggambarkan karikatur Nabi Muhammad SAW dan Saidatina Aisyah RA, serta memuat naik gambar tersebut di laman sosialnya.

2. GAMIS juga mengucapkan syukur dan berterima kasih di atas tindakan pantas pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan melakukan siasatan dan menangkap individu yang terlibat dalam isu penghinaan ini.

3. Perkara ini merupakan satu penghinaan yang jelas dan sangat melampau lebih-lebih lagi berkaitan dengan isu agama dan keharmonian sejagat di Malaysia. Pihak yang terbabit dalam isu penghinaan Nabi Muhammad SAW dan Saidatina Aisyah ini perlu diambil tindakan keras dan sewajarnya sebagai pengajaran kepada ummah di negara ini.

4. GAMIS mengingatkan semua pihak yang mengikuti perkembangan isu ini, supaya tidak mengambil ringan dan berusaha menjaga keutuhan agama Islam sebagai agama rasmi sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tanah air.

5. GAMIS juga berpendirian bahawa semua pihak terutama umat islam, mestilah bersatu dalam mempertahankan isu-isu yang melibatkan agama Islam dan kedaulatan negara.

6. Dalam merasai kehangatan isu penghinaan agama Islam terutamanya berkaitan Nabi Muhammad SAW yang teragung ini, menjadi satu persoalan di manakah suara pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang lantang memperjuangkan rakyat dan agama sebelum ini? Di manakah suara Menteri Agama dan Pemimpin Parti Amanah Negara?

7. Nasihat kami kepada Yang Berhormat dan menteri beragama Islam di luar sana. Jangan kalian semua bersikap bacul saat agama Islam dirobek. Kalian pemimpin Islam yang dilantik, maka buktikan yang kalian bukan seperti lembu yang dicucuk hidung. Sunyi sepi saat Islam dihina.

8. Buat menteri-menteri DAP, kalian jangan berdiam diri saat bangsa kalian dengan mudah menghina agama dan bangsa lain. Perlu ingat, jangan disebabkan biadapnya bangsa kalian sehingga menjadi punca perpecahan keharmonian di negara ini.

9. Kita perlu sedar dan bersatu untuk menunjukkan bahawa Umat Islam di negara ini bukan lagi boleh berdiam diri apabila sensitiviti agama mereka dipermainkan dengan sesuka hati.

“MARA BERSAMA ISLAM”

SAIFULLAH BAIDURI,
NAIB PRESIDEN 2
GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) 2019

#GAMIS2019
#MaraBersamaIslam

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!