Jelajah AidilAdha Mahasiswa

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah pengalaman yang dilalui sendiri oleh team #JelajahAidiladhaMahasiswa Nepal.

Ada yang tertunggu minta kongsikan gambar gambar jadi Maziah kongsikan sedikit video hari hari terawal kami mula berjumpa komuniti muslim di Nepal.Sebenarnya banyak hal yang nak diceritakan tapi takda kekuatan untuk menulis.Bukan kerana tak mampu tapi hati yang tak sanggup.Melihat,menyaksikan dan merasai sendiri keadaan umat Islam disini jauh berbeza daripada apa yang kita ketahui dari media.Setiap detik aku menahan perasaan,Sebak dan beratnya hati.Nikmat iman dan Islam terasa begitu mahal sekali disini. Tetapi mereka tetap mempertahankannya walaupun dalam penuh kedhaifan dan kemiskinan. Hatta untuk mendapatkan sehelai selendang untuk menutup aurat dengan sempurna juga tidak mampu. Allah..terdiamkan aku mendengarnya. Itu belum diceritakan sewaktu pengagihan pakaian, para wanita menarik narik tangan kami minta diberikan hijab untuk mereka menutup aurat dengan sempurna. Kami tidak membawa bekalan tudung yang mencukupi melainkan beberapa helai (tudung bulat) yang sempat dikirimkan penyumbang. Itupun sudah membuatkan mereka teramat bahagia bila kami mengenakan tudung tersebut kepadanya.

Posted by Maziah Ghuraba on Jumaat, 24 Ogos 2018

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!