JELAJAH DOKUMEN SOLUSI KAMPUS : TAWARAN UNTUK KERAJAAN MAHASISWA

1. Alhamdulillah, siri pertama Jelajah DSK telah berjaya dilaksanakan pada minggu lepas kepada tiga buah universiti di Lembah Klang iaitu KUIS, UIA dan UPM.

2. Matlamat siri Jelajah DSK oleh GAMIS adalah untuk memberi penerangan berkenaan kompilasi solusi yang terkandung di dalam DSK, sekaligus menyerahkan dokumen tersebut kepada pihak tuan rumah. DSK kali ini memberi fokus langsung terhadap peranan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) selaku kerajaan mahasiswa dalam menyelesaikan persoalan kebajikan disamping memperkasa kualiti kehidupan mahasiswa di alam varsiti.

3. Kompilasi solusi DSK kali pertama ini merangkumi sekitar persoalan sokongan kewangan pelajar yang dibebani dengan pelbagai kenaikan kos pelajaran dan sara hidup, penjenamaan perjalanan PRK ke arah wadah pendidikan politik yang praktikal dan berstruktur dan cadangan inisiatif ke arah pelestarian pengurusan persatuan dan kelab pelajar.

4. Secara keseluruhannya, kami di peringkat GAMIS menyifatkan DSK ini sebagai satu bentuk tawaran dan manual sokongan kepada MPP bagi mengisi ruang kemenangan setelah bergelar Kerajaan Mahasiswa khususnya dalam aspek kebajikan mahasiswa.

5. Sehubungan dengan itu, kami sangat mengalu-alukan lebih ramai rakan-rakan MPP yang mempunyai misi untuk memperbaiki standard dan kualiti kehidupan mahasiswa di kampus untuk mengadakan sesi penerangan bersama GAMIS menerusi Jelajah DSK yang akan diteruskan dalam siri-siri yang akan datang.

“Melangkah Bersama Islam”

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!