Jelajah GAMIS 14/15 – Perkasa Gerakan Mahasiswa Islam

IMG-20140301-WA0027-1POKOK SENA, Sabtu – Gerakan mahasiswa Islam hari ini perlu diperkasakan elemen tarbiyyah, dakwah & siyasah di samping memperluaskan hubungan dengan gerakan Islam lain, jaringan kampus dan gerakan ideologi yang berbeza.

Bercakap pada pertemuan bersama GAMIS Cawangan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang semalam, Abdul Malik selaku Presiden GAMIS menegaskan konsep pendekatan GAMIS kali ini untuk bersatu pada perkara yang disepakati dan berlapang dada pada perkara yang tidak disepakati dalam membina jaringan GAMIS dengan gerakan lain. IMG-20140301-WA0022

GAMIS Pusat memulakan jelajah kampus ke seluruh Malaysia dengan pertemuan bersama kampus bahagian utara antaranya UUM, UiTM Arau, KUIN, POLIMAS, UniMAP dan beberapa kampus lain.

Dalam pertemuan yang sama, GAMIS turut merancang untuk meneruskan misi Menuju Politik Baru sempena PRU14 dengan strategi memperkasakan maklumat melalui kajian politik di samping latihan kepada mahasiswa dan pendekatan turun lapangan mendekati rakyat.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!