Jom Daftar Mengundi!

WhatsApp Image 2016-09-17 at 22.06.00

Statistik dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat Januari 2016 menunjukkan 4.2 juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Berikut hasil dapatan kajian terhadap statistik rakyat Malaysia yang belum mendaftar sebagai pemilih:-

Melayu – (1.8 juta = 43%)
Cina – (1.2 juta = 29%)
India – (>300 ribu = 9%)
Bumiputera Sarawak – (>300 ribu = 9%)
Bumiputera Sabah-(>200 ribu = 7%)
Lain-lain – (>100 ribu = 3%)
Orang Asli – (>30ribu = 0.71%)

Ternyata, orang Melayu mendominasi statistik ini dengan peratusan tertinggi. Menurut SPR, hanya senarai pemilih yang dikemaskini sehingga September sahaja akan digunakan sekiranya Pilihanraya Umum diadakan pada awal tahun hadapan.

Oleh hal yang demikian, kami menyeru rakyat Malaysia terutamanya anak muda untuk segera mendaftar sebagai pemilih sebelum berakhirnya bulan September.

Kecaknaan anda bakal menentukan pemimpin negara akan datang. Ayuh daftar mengundi!

Majlis Penerangan dan Informasi,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia,
GAMIS 2016/2017.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!