N25 Kajang: FlashMob Mahasiswa Tolak UMNO/BN

1625739_389474861193555_1807560384_n

KAJANG – Mahasiswa dari kampus di sekitar Lembah Kelang menganjurkan flashmob secara besar-besaran di Kajang petang tadi bagi memberi kecaknaan kepada masyarakat setempat mengenai Pilihanraya Kecil DUN Kajang yang akan diadakan esok.

Seramai lebih 50 orang mahasiswa hadir dengan masing-masing membawa pelbagai sepanduk yang menunjukkan bantahan terhadap kezaliman dan penindasan oleh kerajaan UMNO/BN dan mengajak orang ramai turun mengundi dan memberi sokongan kepada selain UMNO/BN.

Bunyi hon bertalu-talu dari masyarakat setempat yang melalui di sekitar simpang empat di sekitar bandar Kajang jelas menunjukkan sokongan rakyat tempatan dalam menenyang kebobrokan oleh UMNO/BN.20140322_182559

Menurut Najib Abdurrahim, Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS, GAMIS bersama semua front-front mahasiswa akan terus proaktif dan progresif dalam menerajui isu politik tanah air bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan memilih pemimpin yang adil dan meruntuhkan kezaliman yang sedia ada.

“Mahasiswa akan terus melawan kezaliman. Kita akan terus bersama-sama menuntut hak rakyat” tambahnya lagi.

Flashmob anak muda selesai pada jam 7.00 petang. Dijadualkan keesokan harinya 23/4/2014 merupakan hari pengundian PRK Dun Kajang yang menyaksikan pertembungan 2 calon pilihanraya wanita iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun yang mewakili BN bakal berdepan calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!