Kamarul Sah Letak Jawatan, Fahmi Ganti YDP

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Kamarul Setapa sah meletakkan jawatan manakala Fahmi Zainol dilantik sebagai YDP PMUM yang baru.

Perkara ini diumumkan setelah perletakan jawatan Kamarul mendapat persetujuan daripada Naib Canselor Universiti Malaya, Professor Amin dengan menerima sebab-sebab masalah kesihatan beliau yang dipertimbangkan.

Dalam pada itu, mesyuarat perlantikan jawatan pengganti YDP PMUM diadakan pada malam 28 Mei secara sepakat melantik Setiausaha Agung PMUM, Fahmi Zainol untuk memikul jawatan tersebut.

Jawatan lama beliau disandang oleh Syamimi Munira Mohamed yang merupakan Timbalan Setiausaha Agung PMUM sebelum ini.10322573_10152411685521530_7565119818266795028_n

Dalam beberapa baki bulan yang akan datang sebelum PMUM sesi 2013/2014 dibubarkan, seluruh anggota Majlis Perwakilan Pelajar universiti terbabit akan memfokuskan kepada program Festival Konvokesyen Universiti Malaya 2014 (FESKUM’14) isu harga makanan, jumlah yuran dan perkhidmatan bas di samping menunaikan janji manifesto mengikut fakulti masing-masing.

Kamarul Setapa sebelum ini menghantar surat perletakan jawatan beliau sebagai YDP PMUM disebabkan masalah kesihatan beliau. Beliau memenangi kerusi umum dalam pilihanraya kampus Universiti Malaya pada September 2013 yang lalu.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!