Kejayaan Satu Ibadah?

elegantwaimaginebelieveachievecopyIbadah dan kehidupan pelajar.

“Tidak aku ciptakan manusia dan jin selain untuk beribadah kepadaku.” – Az-Dzariyat

Allah telah menyebut akan tujuan penciptaan makhluk bumi ini tiada lain kecuali untuk beribadah kepadaNya dan menyemai amal di dunia baqa (sementara) ini.

Maka seharusnya segala amalan kita tidak lepas daripada diniatkan kerana Allah, yang mana setiap amalan soleh itu apabila diniatkan ikhlas untuk menggapai redhaNya dihitung sebagai ibadah.

Apa fokus dan amal kita sekarang? Secara khususnya, kehidupan sebagai seorang pelajar yang mencabar dalam mengejar kejayaan akademik. Bagaimana untuk menjadikan susah payah kita sebagai pelajar satu ibadah? Mudah saja. Tidur, makan niatkan kerana mahukan tenaga dan upaya untuk pergi menuntut ilmu. Bukankah menuntut ilmu sesuatu yang dituntut dalam Islam.”Tuntutlah ilmu daripada buaian sehingga ke liang lahad.” Kalau berjalan ke kuliah, niatkan dalam hati untuk menuntut ilmu dan ilmu itu seharusnya yang syari’e. Mudah bukan?

Kejayaan dan pencapaian.

Kejayaan memberikan cas positif dalam diri seseorang individu.Kejayaan adalah kemenangan bagi seseorang individu. Manakala kegagalan boleh meruntuhkan keyakinan diri dan maruah. Tapi andai kegagalan itu dipandang dari sudut positif, sudah pasti ia bisa menjadi satu titik tolak untuk seseorang merubah gaya hidup atau menambahkan usaha untuk menggapai kejayaan.

Apa definisi seorang pelajar berjaya? Tiada jawapan hitam putih kerana masing-masing punya definisi tersendiri.

Dinyatakan dalam buku “The Magic of Thinking Big”, dua elemen yang perlu ada dalam hidup adalah kejayaan dan pencapaian.

Kejayaan itu penting bagi memberikan kuasa positif pada diri seseorang. Selain itu, elemen kedua iaitu pencapaian. Kejayaan itu diraih apabila kita mencapai matlamat atau objektif dalam hidup. Bagi seorang Muslim apa matlamat hidup kita? Antara misi besar kita adalah untuk kembali kepada Allah dalam keadaan hati yang sihat dan sejahtera (qalbun saleem).

Angan-angan dan Keazaman.

Kita perlu bezakan antara ANGAN-ANGAN dengan KEYAKINAN.

Angan-angan itu sendiri sudah diberikan peringatan dalam bab Panjang Angan-angan, kitab Mukasyafah al-Qulub. Rasulullah saw telah bersabda,”Dua hal yang paling aku cemaskan atas engkau; panjang angan-angan dan mengikut hawa nafsu. Sesungguhnya panjang angan-angan itu dapat melupakan Akhirat, sedang mengikuti hawa nafsu dapat menjauhkan diri dari kebenaran.

Keyakinan berfungsi seperti berikut. Dengan KEYAKINAN kita seorang yang POSITIF dan SERBA BOLEH, keyakinan itu MENJANA DAYA, KEMAHIRAN, dan TENAGA yang diperlukan bagi mencapai sebarang MATLAMAT yang disasarkan. Apabila kita berfikir ‘saya boleh’, maka CARA mencapai matlamat itu akan terBAYANG di minda kita secara automatik.

KEYAKINAN itu mendorong diri kita memerhatikan perilaku para eksekutif kanan. Mereka belajar dua perkara; cara menangani masalah dan membuat keputusan.”

 

Hasil Nukilan,

Nurul Huda Mohd Pauzi,

Mahasiswa Kuliyyah Undang-Undang,

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!