Kelab Gergasi EPL Tunjuk Belang

1204962-25167407-640-360

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris kembali menunjukkan belang dengan kemenangan besar ke atas lawan masing-masing.

Perlawanan yang paling mendapat perhatian pastinya Chelsea menentang Arsenal dimana Chelsea berpesta gol  dengan kemenangan 6-0 dan kekal di persada liga.Liverpool yang juga pesaing terdekat Chelsea dalam mengejar kejuaraan liga berjaya bangkit dari belakang dengan kemenangan besar 6-3 setelah dikejutkan gol awal Cardiff City.

Di stadium Etihad, Yaya Toure menyumbat hatrik untuk membantu Manchester City menumpaskan Fulham 5-0 dan kekal di tangga ke 3 liga. David Moyes pula pastinya sedikit lega apabila pasukan kendaliannya, Manchester United berjaya membawa 3 mata penuh dengan kemenangan 2-0 ke atas West Ham.

Perlawanan lain menyaksikan Everton menewaskan Swansea 3-2, Hull City menang ke atas West Bromwich Albion 2-0, Newcastle menundukkan Crytal Palace 1-0 dan Norwich City mengatasi Sunderland dengan 2-0.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!