Kenapa kita perlu bantah TPPA?

 

7.57.07.17.27.37.4

  1. Tiada keperluan mendesak untuk mengikat diri kepada perjanjian tersebut, FTA sudah memadai.

> Free Trade Aggreement (FTA) merupakan perjanjian kerjasama ekonomi antara dua buah negara.

> Malaysia telah menandatangani FTA dengan 73 buah negara termasuk Jepun dan China.

> Sekiranya kita meneliti kandungan TPPA, kebanyakan isinya sama dengan isi FTA Amerika Syarikat sebelum ini dan ditambah dengan beberapa isi baru.

> Kita pernah hampir untuk menandatangani FTA dengan Amerika Syarikat pada tahun 2006 tetapi Perdana Menteri ketika itu, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi membatalkan perjanjian tersebut kerana terdapat 58 isi yang memberi impak negative kepada negara kita.

> Kita sudah menandatangani FTA dengan hampir semua negara didalam TPPA, mengapa perlu kita menyertai TPPA?

  1. Penghakisan kuasa pemerintah melalui ISDS.

> Melalui perjanjian TPPA, syarikat asing boleh menyaman kerajaan. Investor-State Dispute Settlement (ISDS) menetapkan satu tribunal yang terdiri dari 3 orang panel perlu dilantik untuk mengendalikan kes ini.

> Melantik individu luar dalam menyelesaikan satu perkara yang pada asalnya adalah dalam bidang kuasa kerajaan adalah jelas menghakis kuasa pemerintah.

  1. Keselamatan Makanan & Keperluan Menjaga Industri Halal.

> Piawaian HALAL Malaysia akan dikira sebagai “penghalang bukan cukai” yang menyekat perdagangan bebas.

> JAKIM tiada kuasa untuk memantau daging yang diproses di Amerika. Lagikan syarikat dalam negara ada yang melanggar syarat yang ditetapkan, inikan pula syarikat di luar negara.

> Sijil HALAL Malaysia juga meliputi produk ubatan, kosmetik dan sebagainya, yang sudah tentu sukar untuk dipatuhi oleh syarikat luar.Ini semua bakal tergadai atas alasan perdagangan bebas.

  1. Kedaulatan Undang-undang Negara.

> Sebarang peraturan baru – selepas TPPA dimeterai – yang dikenakan ke atas produk atau aktiviti syarikat asing, yang didapati menyebabkan pencemaran alam sekitar atau memudaratkan kesihatan rakyat, akan dicabar di tribunal antarabangsa.

> Uruguay, Australia, Ecuador, Canada, Mexico adalah beberapa contoh negara yang sudah menjadi mangsa perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika yang melibatkan berbilion dolar US di tribunal antarabangsa berkaitan isu ini.

  1. Proses rundingan yang tidak telus & Agenda Tersembunyi

> 5 tahun rundingan dilakukan tanpa mendedahkan isi kandungan perjanjian yang sebanyak 6000 muka surat. 5 tahun rakyat tidak mendapat maklumat.

> Setelah tamat rundingan barulah didedahkan perjanjian tersebut dan berharap rakyat khususnya mahasiswa menerima perjanjian tersebut secara bulat-bulat.

> GAMIS berpendirian bahawa ia adalah menghina taraf intelektual rakyat.

> Rakyat berhak tahu dan memberi pandangan apabila perjanjian seperti ini melibatkan kualiti hidup mereka sama ada dalam jangka panjang mahupun jangka pendek.

Fakta mengenai TPPA.

1) Ubat generik tidak dibenarkan dijual di negara ini. Ini bermakna ubat hanya boleh dibeli secara langsung dari syarikat farmasi asal yang akan menyebabkan kos ubat sangat mahal. Ini berlaku kerana dalam perjanjian TPPA Hak Harta Intelektual ke atas ubat dikuatkuasakan untuk melindungi syarikat gergasi farmakeutikal antarabangsa.

2) Bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain akan berhadapan persaingan pasaran terbuka. Syarikat tempatan dan negara akan terdedah kepada tindakan undang-undang antarabangsa jika ada layanan lebih diberi kepada syarikat tempatan kerana TPPA memperuntukkan layanan sama rata diantara syarikat tempatan dan antarabangsa.

3) Penyertaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam rundingan TPPA bersama 11 negara lain (Australia, Brunai, Kanada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, AS dan Vietnam) itu tidak diketahui oleh ahli Parlimen sendiri.

4) Professor Jane Kesley dari Universiti Auckland menyebutkan ; “TPPA has nothing to do with trade.” Begitu juga pandangan Joseph E Stiglitz dan Adam S Harsh, tokoh ekonomi dunia yang menyebutkan “TPPA beyond just cutting tariffs and quotas, it also gives mandate changes in legal, judicial and regulatory”.

5) Antara faktor utama yang mendorong kepada bantahan ini adalah isu kedaulatan negara (national sovereignty) disebabkan klausa ‘Investor-State Dispute Settlement’ (ISDS) yang jelas bakal mengheret Malaysia ke lembah bahaya.

GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS)

 

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!