KENYATAAN MEDIA GAMIS PERLIS

 

KENYATAAN MEDIA GAMIS PERLIS

18 FEB 2019 M | 13 JAMADIL AKHIR 1440 H

[KERENDAHAN INTEGRITI MENTERI]

1) Baru-baru ini, rakyat dan anak muda di negara ini dikejutkan dengan kontroversi ijazah palsu yang dimiliki oleh beberapa menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH).

2) Perkara ini jelas bertentangan dengan moral dan etika profesional seorang ahli politik yang sememangnya perlu dipandang sebagai seorang yang jujur, berprinsip serta mampu untuk mengangkat suara masyarakat bawahan ke peringkat atasan.

3) Isu ini sebenarnya menjadi pengukur betapa rendahnya integriti menteri PH walaupun selama ini melaungkan slogan meritokrasi. Perlakuan kalian yang menggunakan penipuan akademik sebagai modal ketika bertanding dalam pilihanraya umum lalu adalah sangat memalukan.

4) Kalian para menteri sudahlah tidak menunaikan janji manifesto seperti yang dijanjikan, kini berani-berani pula menghakis kepercayaan rakyat dan anak muda yang telah mengundi kalian.

5) Persoalannya, adakah individu yang secara jelas terlibat dengan penipuan seperti ini yang boleh rakyat harapkan untuk memimpin serta membina semula sebuah negara sesuai dengan slogan ‘Malaysia Baru’?

“MARA BERSAMA ISLAM”

MOHD NASIR BIN SAIDIN
MAJLIS POLITIK NASIONAL (MPN)
GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) PERLIS 2018/2019

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!