Kenyataan Media Gerakan Anak Muda Bantah GST (BANTAH)

Bajet 2014 telah melihatkan Malaysia mengalami defisit berjumlah RM40.1 billion sejak tahun 1998 hingga 2014. Kerajaan cuba mengambil inisiatif untuk mengurangkan defisit dengan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau Good and Services Tax (GST) bagi menggantik sistem cukai sedia ada iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan atau Sales and Services Tax (SST).
Perdana Menteri telah mengumumkan perlaksanan GST akan berkuatkuasa pada 1 April 2015 dan Dewan Rakyat yang bersidang pada 7 April 2014 juga telah meluluskan Rang Undang-Undang GST dengan undian sebanyak 119 undi bersetuju dan 81 undi tidak bersetuju.

Dari sudut Islam, cukai hanya boleh dikenakan ke atas golongan kaya sahaja dan langsung tidak harus dikenakan ke atas golongan miskin. Ijma’ Ulama’ menjelaskan bahawa hukum haram dikenakan cukai tanpa sebab yang dibenarkan syariat dan keperluan darurat.
Dari sudut pengamalan negara-negara yang telah melaksanakan GST terus menghadapi pengingkatan hutang dan defisit belanjawan sepert Iceland, Italy, Sepanyol, Portugis dan Greek.

Rakyat Malaysia harus khuatir dengan ketirisan wang Negara, keborosan pemimpin kerajaan, rasuah berleluasa, penguasaan monopoli dan krooni akan memberi talian hayat kepada kerajaan untuk terus merompak duit rakyat.

Melihat kegagalan kerajaan mengurus harta Negara dan cadangan perlaksanaan GST, maka Gerakan Anak Muda Bantah GST (BANTAH) dibentuk dalam kalangan anak-muda dan mahasiswa bagi menyatakan pendirian tidak bersetuju perlaksanaan GST pada tahun 2015.

Objektif BANTAH :

1. Menjadi ejen penerangan kepada rakyat tentang kesan perlaksanaan GST
2. Mengumpul seluruh tenaga anak muda untuk mendesak kerajaan membatalkan perlaksanaan GST

Tuntutan :

1. Menangguhkan perlaksanaan GST sehingga dana Negara diurus tadbir dengan berkesan.
2. Kerajaan Malaysia hentikan monopoli dan pemberian kontrak secara runding langsung atau direct-nego.
3. Kerajaan Malaysia selesaikan masalah rasuah, keborosan dan ketirisan harta rakyat dan kemukakan ke medan pengadilan bagi mereka yang bersalah
4. Tuntut ‘offset package’ (pakej bantuan kepada rakyat berpendapatan rendah)
5. Menurunkan cukai pendapatan

Abdul Malik bin Abd Razak
Pengerusi
Gerakan Anak Muda Bantah GST (BANTAH)1544502_1484683508413585_6382638683144699560_n

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!