Kg. Chubadak : 2 Mahasiswa Ditahan, Diludah

1461271_1550446418502501_7562937806864782847_nKAMPUNG CHUBADAK, SELASA – Dua mahasiswa ditahan oleh polis disebabkan tindakan mereka mempertahankan rumah penduduk Kampung Chubadak Tambahan dari dirobohkan oleh pihak berkuasa DBKL awal pagi kelmarin.

Kedua-duanya, iaitu Pengerusi Majlis Dakwah & Kebajikan GAMIS, Ahmad Fahmi Mokhtar dan Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Abdul Muqit Muhammad ditangkap dan diperlakukan dengan kasar oleh pihak polis lalu dibawa ke Balai Polis Sentul untuk disoal siasat.

Kejadian berlaku pada waktu tengah hari kelmarin, apabila pihak berkuasa menceroboh kawasan tanah Kampung Chubadak Tambahan dengan jentolak dan membawa bersama pasukan khas Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menghalangi mahasiswa yang membuat benteng di hadapan rumah Opah Wahidah, salah seorang penduduk kampung di situ.

Turut terlibat beberapa orang pemuda asing yang diupah untuk memperlakukan secara kasar pada penduduk kampung yang enggan menyerahkan tanah mereka dari diceroboh pihak berkuasa.10615506_10205366454939785_6956000182774987490_n

Pihak polis tiba kira-kira pukul 9 pagi dengan membawa bersama beberapa orang peguam beserta pihak DBKL yang sudah siap sedia dengan jentolak untuk merobohkan rumah penduduk kampung. Namun, kira-kira 20 mahasiswa sudah siap sedia membuat benteng manusia untuk menghalang pencerobohan terbabit sehingga mengakibatkan dua mahasiswa ditahan.

Lebih mengejutkan apabila pihak polis mengasari kedua-dua mahasiswa, malah salah seorang pegawai polis sempat meludah kepada mahasiswa terbabit.

Kedua-dua mahasiswa terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul untuk disoal siasat. Sejurus selepas ditahan, pihak polis lalu merobohkan rumah Opah Wahidah tanpa sebarang rundingan.

Solidariti Mahasiswa Di Balai Polis

10402720_10205367260599926_6856042723546558009_nKira-kira 100 orang mahasiswa dari pelbagai kampus sekitar Lembah Kelang membanjiri perkarangan IPD Sentul menunjukkan solidariti kepada kedua-dua mahasiswa yang ditahan.

Mereka sempat mempamerkan plakad bertulis antaranya “Mahasiswa Bersama Chubadak”, “Bebas Mahasiswa”, dan “1 Tahan 1000 Bangkit”, mempamerkan kepada orang ramai yang melalui jalan di hadapan IPD.

Turut sama kelihatan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat dan AJK PAS Pusat, Aiman Athirah al-Jundi hadir memberikan solidariti.

Kira-kira pukul 5.30 petang, saudara Fahmi Zainol merangkap Presiden PMUM yang terkenal kerana menjayakan pidato Anwar Ibrahim: 40 Tahun Dari UM ke Penjara” Isnin lalu memberi pidato di hadapan pintu pagar IPD.

Seorang anggota polis cuba menghentikan pidato beliau dengan menarik masuk beliau ke dalam IPD, menyebabkan kemarahan mahasiswa yang hadir. Beberapa anggota FRU berbaris di luar pejabat dengan pakaian uniform lengkap. Keadaan menjadi terkawal setelah Fahmi Zainol dikeluarkan semula dari IPD.10402420_495268870614153_3671299485321058937_n

Kira-kira pukul 6.30 petang, peguam dari Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia, saudara Azmir dan Ahli Parlimen Batu, saudara Tian Chua tampil keluar membuat kenyataan memberi jaminan kedua-dua tahanan mahasiswa dibebaskan.

Kedua-dua tahanan mahasiswa dibebaskan. Pihak polis menyuruh semua mahasiswa bersurai.

Sementara itu, Pengerusi Pro-M yang ditahan, Muqit Muhammad memberikan pidato ringkas menyatakan bahawa beliau dipaksa melutut oleh pihak polis ketika hendak membuat rayuan, malah dihalang dari menunaikan solat fardhu Zuhur dan Asar ketika dalam tahanan.

1480708_495277333946640_8171255604467085336_n

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!