KRONOLOGI SEJARAH PTPTN

KRONOLOGI SEJARAH PTPTN

5 Mac 2019M | 28 Jum. Akhir 1440H

1 JULAI 1997 – Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) mula berkuatkuasa.

1 NOVEMBER 1997 – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mula beroperasi di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur. (1)

1 NOVEMBER 2014 – Jumlah pembiayaan pelajar baharu di IPTA (termasuk politeknik) dikurangkan sebanyak 5% dan pelajar IPTS sebanyak 15% daripada jumlah sedia ada dan data Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) digunakan sebagai kaedah tapisan penentuan kelayakan jumlah pembiayaan.

31 DISEMBER 2014 – Seramai 23,497 penerima biaya telah diluluskan pengecualian bayaran balik pembiayaan melibatkan RM643.9 juta. (2)

27 MEI 2015 – Kerjasama PTPTN dan FELDA: Insentif 30%pengurangan bayaran balik kepada anak peneroka FELDA.

8 JUN 2015 – Penjenamaan semula PTPTN sebagai ‘Tabung Pendidikan’, pelancaran SSPN-I Plus dan cabutan Wow! SSPN-i Plus.

16 JUN 2015 – Penyenaraian peminjam di dalam sistem maklumat rujukan kredit berpusat (CCRIS), kerjasama dengan kerajaan Negeri Terengganu: Sumbangan Penabungan SSPN-i kepada anak Terengganu.

1 NOVEMBER 2015 – Pemidahan fungsi potongan gaji dari Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ke PTPTN.

1 NOVEMBER 2015 – Ibu Pejabat PTPTN telah berpindah dari bangunan Wisma Chase Perdana, Damansara Height ke Menara PTPTN, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.

4 NOVEMBER 2015 – Bayaran tanpa tunai menggunakan kad kredit.

1 DISEMBER 2015 – Potongan gaji mandatori kakitangan awam. (3)

15 FEBRUARI 2016 – PTPTN menandatangani perjanjian persefahaman dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membantu peminjam yang mempunyai masalah kewangan serius. Kerjasama ini merupakan satu strategi yang dilaksanakan antara PTPTN dan AKPK untuk memberi kemudahan kepada peminjam yang kurang berkemampuan agar dapat membuat bayaran balik pinjaman PTPTN berdasarkan kemampuan kewangan mereka.

1 APRIL 2016 – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat permohonan pengeluaran KWSP secara atas talian bagi bayaran balik pinjaman melalui e-Pengeluaran KWSP (online).

6 MEI 2016 – Pelancaran pakej baharu SSPN-i Plus iaitu pakej Intan dan program Ejen Online PTPTN bagi meningkatkan pembukaan akaun SSPN-i Plus . Pakej Intan (RM30) diperkenalkan sebagai pakej mampu milik bagi menggalakkan penabungan, manakala Ejen Online PTPTN merupakan program yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan tambahan dengan memasarkan SSPN-i Plus.

13 OKTOBER 2016 – PTPTN sekali lagi menjalin kerjasama melalui Perjanjian Dagangan JomPAY Antara PTPTN dan Ambank. Strategi Lautan Biru ini merupakan kerjasama memoden platform pembayaran PTPTN melalui perkhidmatan JomPAY. Dengan penambahan saluran bayaran balik ini, diharapkan kesedaran peminjam untuk membuat bayaran balik semakin meningkat.

3 NOVEMBER 2016 – MoU PTPTN dengan BIMB bagi melancarkan saluran baharu Direct Debit yang membolehkan potongan bayaran balik pinjaman dibuat melalui 22 akaun bank terpilih sekaligus memberi pilihan kepada peminjam selain potongan gaji.

20 DISEMBER 2016 – Sempena sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Felcra Berhad (Felcra), Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak mengumumkan pengurangan bayaran balik pinjaman PTPTN terhadap peminjam dalam kalangan anak peneroka Felcra. Diskaun sebanyak 20% itu akan dibiayai oleh badan tersebut sebagai tanggungjawab sosial Felcra. (3)

8 JUN 2018 – PTPTN dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menyenarai putih seramai 42,945 peminjam PTPTN daripada senarai hitam. Proses ini dilaksanakan secara berperingkat semenjak 24 Mei 2018.

26 JUN 2018 – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengadakan sidang media bagi menjelaskan isu semasa berkenaan bayaran balik pinjaman PTPTN yang merupakan manifesto Kerajaan untuk meringankan beban hidup yang ditanggung oleh anak muda. (4)

_________________________________________________
1. https://www.ptptn.gov.my/info-korporat-side
2. http://www.parlimen.gov.my/…/Laporan%20Tahunan%20dan%20Peny…
3. http://www.parlimen.gov.my/…/Laporan%20Tahunan%20dan%20Peny…
4. https://www.ptptn.gov.my/…/sm_ptptn_komited_laksanakan_mani…

“MARA BERSAMA ISLAM”

JABATAN KAJIAN DAN INTELEKTUAL
GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) 2019

#GAMIS2019
#MaraBersamaIslam

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!