Kudeta Turki: Sandiwara atau Realiti?

13692627_774361532704884_4175606374452258421_n

“Kita sedar Turki dilanda konflik.”

“Kita cakna umat Islam di Palestin, Syria, Myanmar, Mesir serta di serata dunia ditindas oleh kafir dan yahudi laknatullah.
Kita juga sedar Malaysia tak pernah habis dengan isu kemasyarakatan dan kebobrokan pentadbiran mahupun politikus.”

“Kita tahu kita perlu lakukan sesuatu.
Tapi kita lebih selesa memilih untuk berdiam diri.
Kita lebih pentingkan anak bini, harta dan pangkat kita.”

Sebab apa kita jadi begitu?
Sebab kita tidak kisah soal umat Islam yang sedang tenat di luar sana.
Dan sebab kita sendiri memilih untuk memandang enteng soal agama, bangsa dan negara kita untuk hari mendatang.

13700965_774361549371549_5215444791158358569_o

Saya yakin dan percaya.
Anak muda yang cintakan tanah air dan anak cucu mereka akan terus mengorak langkah mencipta legasi.

 

“Bukan untuk mereka, tapi untuk orang lain.
Bukan untuk siapa-siapa, tapi untuk masa depan yang lebih terkehadapan.”

Ribuan terima kasih atas partisipasi mahasiswa yang turun ke forum Green Tea Talk 4 Malaysia pada petang tadi untuk mendengar sendiri isu yang melanda Turki kini yang dikupas khas oleh Prof. Kamaruzaman Yusoff, pensyarah Fakulti Tamadun Islam di UTM.

Jutaan penghargaan juga atas sokongan rakyat Malaysia dan komitmen mahasiswa khususnya yang terus menyokong GAMIS dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela, agama terus terpelihara kesuciannya dan negara terus maju merentas sempadan dan benua.

13737543_774361689371535_6821139973097594091_o

Aku, kamu dan kita semua akan mengubah dunia.
Dengan tertegaknya syiar Islam yang sebenar-benarnya di muka bumi Allah.
Takbir! Allahu Akbar!

Nantikan diskusi yang lebih menarik berkenaan 1MDB yang akan dikupas oleh jemputan panel yang mantap dan arif tentang isu ini.

“Menuju Politik Idea dan Solusi”

“BERSAMA MELANGKAH, MENUJU PERUBAHAN”

Nursyima Nadia Mohamad Hidayat
Timb. Pengerusi Majlis Politik Nasional
GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) 2016

‪#‎GreenTeaTalk4Malaysia‬
‪#‎MahasiswaBangkit‬
‪#‎Fastaqim‬

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!