Madrasah Ramadhan


Sahur Bersama Gelandangan
1 Ramadhan 1438H.

Peserta berkumpul pada jam 12 tengah malam di hadapan Masjid Negara bagi meninjau keadaan gelandangan yang sedang asyik tidur. Di samping itu, waktu yang terluang di isi dengan aktiviti membungkus makanan oleh ajk program untuk diedarkan kepada para gelandangan.

Jam 4 pagi seramai 7 sukarelawan daripada USIM dan Darul Quran bergerak ke Segi College untuk edaran makanan sahur di situ. Seperti yang dijangka, mereka masih lagi nyenyak tidur. Namun, beberapa orang gelandangan di situ merasai kehadiran kami.

Peluang untuk bertanya khabar dan berkongsi pengalaman bersama gelandangan digunakan dengan sebaik mungkin. Zamri (bukan nama sebenar), berusia lingkungan 30 an berasal dari Rembau, Negeri Sembilan tidak kekok untuk bersembang dengan kami.

Beliau katakan kepada kami bahawasanya bulan Ramadhan seperti membuka pintu rezeki kepada mereka. Banyak NGO – NGO yang akan turun padang untuk memberi sumbangan berbentuk makanan dan barangan kepada mereka.

Seterusnya, kami bergerak semula ke Masjid Negara. Mahasiswa dari UKMKL membantu membungkus dan membuat edaran makanan di situ. Jam menunjukkan 5 pagi, waktu yang sesuai untuk bangun dan bersahur. Edaran makanan dilakukan oleh para sukarelawan. Program bersurai tepat jam 5.40 pagi untuk bersedia menunaikan solat Subuh berjemaah.

“Melangkah Bersama Islam”

Majlis Dakwah Dan Kebajikan
Gabungan Mahasiswa Islam Se – Malaysia (GAMIS) 2017

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!