Speaker Corner Mahasiswa UIAM Bantah GST

IMG-20140430-WA0009GOMBAK : We Unite For Islam (WUFI) telah menganjurkan satu speaker cornerĀ bertajuk “GST, Baik atau Bahana?” pada jam 1 petang dalam kampus UIAM. WUFI telah menjemput presiden GAMIS, Abdul Malik, selaku pengerusi Gerakan Anak Muda Bantah GST (BANTAH) sebagai penyampai pidato untuk speaker corner kali ini.

Dikendalikan oleh mahasiswa UIAM, speaker corner dimulakan dengan ucapan dari Muhammad Najib, Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS merangkap ex-presiden WUFI yang lepas. Najib menyampaikan tentang kesan dan akibat yang akan rakyat tanggung andai GST dilaksanakan. Najib turut menyeru mahasiswa turut serta dalam Flashmob Gerakan Anak Muda Bantah GST (BANTAH) di Sogo pada petang nanti.

Ucapan disambung oleh mahasiswa UIAM, Hanif Mahpa2014-04-30 13.15.41, menyatakan ketidakpuasan hati terhadap pelaksanaan GST. Sebagai mahasiswa, Hanif menyatakan kesusahan yang akan mahasiswa tanggung andai GST terlaksana pada tahun hadapan. Abdul Malik menutup tirai speaker corner kali ini dengan fakta-fakta berkenaan GST. Dengan semangat yang tinggi, Malik menyeru sekali lagi mahasiswa agar turut serta flashmob pada petang ini, dan turun untuk menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan GST pada esok hari, 1 Mei 2014, Himpunan Rakyat Bantah GST. Majlis bersurai seusai Malik mengakhiri ucapannya.

 

 

 

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!