Mahasiswa Bersama Masyarakat Di Sungai Besar

 

14.0 14.114.5

 

 

 

 

 

SUNGAI BESAR, 23 Mei РSuasana sekitar kajian lapangan yang dijalankan semalam di sambut baik oleh penduduk setempat. Kajian lapangan dilaksanakan kepada pengundi parlimen Sungai Besar sempena PRK yang bakal berlangsung. Kawasan kajian merangkumi kawasan Sg Panjang dan Sekinchan.

Dari sudut komposisi di Sg Panjang majoriti penduduk adalah daripada Melayu mewakili 83.36%. Diikuti oleh kaum cina 15.1% dan India 1.54%. Manakala di Sekinchan kaum Cina majoriti mewakili 59.95% penduduk, diikuti kaum melayu 40.86% dan India 2.19%. Namun keseluruhan parlimen mencatatkan Melayu sebagai kaum majoriti di parlimen Sg Besar.

Pada PRU 13 lepas, parlimen ini menyaksikan pnertembungan PAS dan UMNO yang berakhir dengan kemenangan tipis UMNO dengan majoriti (kurang) 300 undi. Ini menyebabkan kerusi ini dilihat agak panas menjelang PRK mendatang.

Prestasi Allahyarhamah Dato Noriah Kasnon, bekas ahli parlimen Sg Besar, isu-isu setempat serta isu-isu nasional seperti GST, sara hidup dan lain-lain akan menjadi penentu kepada kecenderungan untuk pengundi memilih parti tertentu.

14.7

14.8

14.6

 

 

 

 

 

Terima kasih kepada ESRC dan mahasiswa yang terlibat. Kajian akan diteruskan sehingga mencapai sasaran. Doakan agar para petugas dipermudahkan dan dapat menyelesaikaan tugasan serta hasil kajian dapat dimaanfaatkan dengan baik.

BERSAMA MELANGKAH, MENUJU PERUBAHAN

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!