MAHASISWA ISLAM MENYOKONG KEMPEN BELI PRODUK MUSLIM

MAHASISWA ISLAM MENYOKONG KEMPEN BELI PRODUK MUSLIM
2 September 2019M | 2 Muharram 1441H

MAHASISWA ISLAM MENYOKONG KEMPEN BELI PRODUK MUSLIM 2 September 2019M | 2 Muharram 1441HKempen #BMBF (Buy Muslim…

Posted by Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia – GAMIS on Isnin, 2 September 2019

Kempen #BMBF (Buy Muslim Bumiputera First) atau juga dikenali sebagai “Kempen Beli Produk Muslim” merupakan suatu altenatif bagi mengangkat dan mempromosikan barangan dan produk keluaran Muslim.

Kempen ini bertujuan untuk memberikan galakan kepada umat Islam bagi meningkatkan kuasa beli dan aliran ekonomi ummah selain mengetengahkan produk serta perkhidmatan yang halal di seluruh negara.

Kempen ini diperkenalkan bukan bertujuan untuk memboikot serta menolak produk lain, khususnya kepada keluaran bukan Muslim atau bukan Bumiputera. Sebaliknya, kempen ini digerakkan hanya sebagai galakan dan seruan kepada seluruh umat Islam bagi mendukung dan memberikan keutamaan terhadap produk buatan Muslim sendiri.

Kami dari Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyatakan sokongan dan dukungan penuh kami terhadap kempen ini bagi menggalakkan lagi sokongan terhadap pertumbuhan ekonomi umat Islam, khususnya di negara Malaysia.

Wallahu a’lam.

“MARA BERSAMA ISLAM”

GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) 2019

#GAMIS2019
#MaraBersamaIslam
#KempenBeliProdukMuslim
#BuyMuslimBumiputeraFirst
#BMBF

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!