Mahasiswa Membantah Perlaksanaan GST

DSC_0220KUALA LUMPUR – Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) bersama NGO Islam dan bukan Islam menyatakan bantahan terhadap perlaksanaan cukai GST di hadapan Kompleks Sogo petang semalam.

Presiden GAMIS, Abdul Malik, merangkap Presiden Gerakan Anak Muda Bantah GST (BANTAH) menyatakan bahawa bajet 2014 menyaksikan negara terus tersepit dan mengalami defisit belanjawan berjumlah RM40.1 billion sejak tahun 1998 hingga 2014. Negara yang telah mengamalkan GST seperti Portugis, Iceland, Italy, Greek dan Sepanyol kini telah mengalami hutang serta defisit yang tinggi. DSC_0228

Beliau turut menyatakan juga pendapat dari sisi Islam, cukai hanya boleh dikenakan ke atas golongan kaya sahaja dan langsung tidak harus dikenakan ke atas golongan miskin. Ijma’ Ulama’ menjelaskan bahawa hukum haram dikenakan cukai tanpa sebab yang dibenarkan syariat dan keperluan darurat.

Antara objektif ditubuhkan Gerakan BANTAH adalah pertama, menjadi agen penerangan kepada rakyat tentang kesan perlaksanaan GST. Kedua, mengumpul seluruh tenaga anak muda untuk mendesak kerajaan membatalkan perlaksanaan GST.

DSC_0230BANTAH juga turut mengemukakan beberapa tuntutan, antaranya, menangguhkan GST sehingga harta negara ditadbir dengan berkesan. Kedua, kerajaan Malaysia hentikan monopoli dan pemberian kontrak secara runding langsung atau direct-nego. Ketiga, kerajaan Malaysia selesaikan masalah rasuah, keborosan dan ketirisan harta rakyat dan kemukakan ke muka pengadilan bagi mereka yang bersalah. Keempat, kerajaan menguruskan bajet fiskal negara dengan lebih berhemah, dengan sasaran pengurangan defisit. Kelima, menuntut ‘offset package’ (pakej bantuan kepada rakyat berpendapatan rendah) dan keenam, menurunkan cukai pendapatan (income tax).

 

DSC_0250

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!