[Mahasiswa Mengutuk Penjajahan Baru Zionis Ke Atas Baitul Maqdis]

Hari ini merupakan ulang tahun ke-70 peristiwa Nakbah di mana British telah melepaskan mandat kepada Zionis, sekaligus mengisytiharkan negara haram Israel di Palestin pada 15 Mei 1948.

Peristiwa kejam yang berlaku hampir 70 tahun ini tidak mungkin dilupakan orang Islam lebih-lebih lagi rakyat Palestin.

Hari ini 15 Mei 2018, sekali lagi kita menyaksikan episod pencabulan Israel Zionis terhadap Bumi Palestin. Baitul Maqdis kini secara rasminya telah menjadi ibu negara Israel Zionis. Kegilaan apakah Israel Zionis yang meneruskan projek ini walaupun menerima tentangan hebat lebih 120 negara seluruh dunia?

Bukan itu sahaja, pada tarikh ini juga menyaksikan pencabulan kuasa yang disertai dengan serangan yang mengorbankan banyak nyawa penduduk yang menyertai Himpunan The Great Return March di Gaza. Setakat yang dilaporkan, lebih 50 nyawa sudah terkorban ditambah hampir 2500 orang sudah tercedera akibat episod ini.

GAMIS mengutuk sekeras-kerasnya peristiwa pencabulan yang dilakukan Israel dan sekutunya Amerika Syarikat. GAMIS juga memuji tindakan Wisma Putra yang bertindak pantas untuk membantah proses peralihan ibu negara Israel. Kita mengharapkan agar semua negara di seluruh dunia memberikan tekanan kepada Israel Zionis dan sekutunya.

GAMIS menyeru kepada semua mahasiswa untuk kita sama-sama cakna dengan isu umat Islam seterusnya berdoa serta memberi sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan dan lain-lain kepada Palestin untuk mereka meneruskan perjuangan di sana.

GAMIS juga menyeru kepada seluruh pimpinan negara Islam untuk kehadapan dalam isu umat Islam ini demi mempertahankan hak bumi Palestin serta rakyatnya.

MUHAMMAD IMRAN BAHRUDIN
NAIB PRESIDEN 2
GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SEMALAYSIA

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!