Mahasiswa Seru Bantah GST

 

IMG-20150413-WA0037

 

GAMIS Lancar Kempen Mahasiswa Tolak GST

Pelaksanaan Good and Services Tax(GST) baru-baru ini telah mendapat respon yang hangat dalam kalangan rakyat di Malaysia. GST yang dilancarkan Kerajaan Malaysia pada 1 April yang lalu dilihat tidak menyelesaikan masalah ekonomi malah ia turut membebankan rakyat dengan ‘memakan’ harta rakyat.

 

Antara golongan yang menerima tekanan hebat ini adalah mahasiswa yang menuntut di universiti.

Seperti yang kita sedia maklum, Islam mempunyai sistem percukaian yang tersendiri. Sistem Islam tidak bersifat ‘membebankan’ dan ‘mencengkik’ rakyat. Akan tetapi kita tahu bahawa cukai GST ini adalah bersifat ganas dan membebankan semua rakyat sehinggakan orang miskin juga dikenakan cukai ini.

 

Allah telah tegaskan berkenaan memakan harta manusia tanpa sebab yang kukuh. Allah berfirman:

 

” Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan(gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah(tipu, judi dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu”.( An-Nisa:29)

 

Rasulullah S.A.W juga bersabda:

 

” Wahai orang ramai, sesungguhnya orang yang beriman adalah bersaudara, tidak halal bagi seseorang pun (mengambil) harta saudaranya melainkan dengan kerelaannya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia Datuk Ahmad Maslan menyarankan agar mahasiswa UiTM untuk memasak sendiri tanpa membeli makanan di kedai luar kerana beban GST. Perkara ini telah dikutuk sekeras-kerasnya kerana ianya menunjukkan kerajaan tidak ada jawapan yang kukuh sekaligus mengisyaratkan kepada rakyat terutamanya mahasiswa bahawa GST sememangnya membebankan rakyat.

 

Tambahan pula, kenyataan bekas Naib Canselor UiTM Prof.Tan Sri Dr.Ibrahim Abu Shah yang dilihat cuba mempertahankan kenyataan Datuk Ahmad Maslan juga tidak menggambarkan beliau seorang ahli akademik yang bijak dan tidak mengambil berat soal kebajikan mahasiswa.

 

Mahasiswa terasa dipermainkan oleh Datuk Ahmad Maslan. Oleh yang demikian, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(GAMIS) tampil selaku gerakan mahasiswa yang bertanggungjawab untuk melawan penindasan dan pembodohan yang dilakukan oleh Datuk Ahmad Maslan. Khususnya yang dikenakan kepada mahasiswa yang boleh juga digelarkan ‘ibnu sabil’ ataupun orang yang berhak mendapat zakat. Ini menunjukkan bahawa mahasiswa bukan golongan yang mempunyai pendapatan bahkan golongan yang sentiasa ‘defisit’ dan tidak punya wang.

 

Justeru GAMIS mengambil inisiatif untuk jelajah ke kampus-kampus sekitar Lembah Klang bagi menjalankan Kempen Mahasiswa Tolak GST sekaligus sebagai ‘warming up’ untuk himpunan 1 Mei nanti. UIAM akan menjadi kampus pertama jelajah ini pada 16 April 2015. Semoga seluruh mahasiswa menyambut baik usaha ini dan kami mendesak agar GST ini akan dibatalkan oleh Kerajaan Malaysia.

 

Mohd Imran Md Ishak

Presiden

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(GAMIS)

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!