MAHATHIR, PPSMI DAN KEDIKTATORAN TERHADAP MAHASISWA

Sidang media Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir hari ini dikatakan akan memegang portfolio Menteri Pelajaran Malaysia. Difahamkan lagi Kementerian Pengajian Tinggi juga disatukan bersama Kementerian Pelajaran buat sementara waktu.

Wujud kebimbangan adakah era aktivisme mahasiswa akan dicabul sekali sepertimana ketika Tun di dalam UMNO-BN suatu masa dulu? Atau sekadar mengecilkan kementerian bagi menjimatkan kewangan pentadbiran?

Yang pasti apabila Tun Mahathir memegang portfolio ini, idea PPSMI kemungkinan besar akan dikembalikan dan sekali lagi bakal mencetuskan kemarahan rakyat. Saya pernah respon sebuah tulisan berkaitan PPSMI. Boleh lihat di pautan di bawah ini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2007180452655739&id=100000914120194

Oh, sebelum terlupa, manifesto buku Harapan terang-terang menyebut dalam janji 12,

“…Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutamanya jawatan menteri kewangan”

Jika ikut kaedah bahasa Arab, tidak akan bermaksud “lan”, laa nafi yang menunjukkan penafian selamanya. Adakah Mahathir masih mengekalkan rekod lidah bercabang bak kata Rafizi Ramli. Ingat, mahasiswa sentiasa memerhati gerak-geri kalian, selangkah nampak ke arah BN 2.0, maka mahasiswa akan bingkas bangkit!

MUHAMMAD HAFIZUDDIN MUHAMMAD
Majlis Politik Nasional
GAMIS 2018

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!