MAJLIS MAKAN MALAM & KONSERT AMAL: BUATMU PALU

 

MAJLIS MAKAN MALAM & KONSERT AMAL: BUATMU PALU

22 Februari 2019M | 17 Jum. Akhir 1440H

Alhamdulillah, pada 22 Februari 2019 (Jumaat) yang lalu, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) melalui wakilnya seramai empat orang pimpinan telah menerima jemputan Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) untuk menghadiri majlis “Makan Malam & Konsert Amal: Buatmu Palu” yang diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM, Bangi.

Majlis makan malam amal yang telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Selangor itu dengan penganjuran bersama Muslim Care Malaysia Society telah dijalankan bertujuan untuk mengutip sumbangan dana daripada para hadirin bagi disalurkan kepada penduduk kota Palu, Sulawesi, Indonesia yang masih sedang dalam fasa membina semula kehidupan pascamusibah gempa Bumi dan tsunami yang melanda pada 28 September 2018 yang lalu. Di samping hadirin diberikan suntikan kesedaran terhadap ujian Tuhan tersebut, para tetamu juga diserikan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan nasyid ternama tempatan, iaitu kumpulan Hijjaz dan UNIC.

Pimpinan GAMIS mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada jawatankuasa ISIUKM atas penganjuran dan jemputan yang amat menggalakkan ini. Kami mendoakan agar penganjuran sebegini dapat diteruskan lagi pada masa-masa mendatang.

GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) 2019

#GAMIS2019
#MaraBersamaIslam

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!