MAKSIAT YANG MENGIKUT PROSEDUR

 

Ketika masuk di Uitm tempoh hari, sebelum memulakan pidato Mahasiswa ada sebahagian pelajar Uitm telah membuat persembahan tarian di tengah-tengah dataran orang ramai.

Selepas selesai tarian tersebut, kami pun membuat sudut pidato mahasiswa bantah GST. Baru memulakan majlis, kami dihalang. Pihak keselamatan tidak membenarkan kami meneruskan program.

Dari sudut hukum Islam, sepatutnya pihak keselamatan Wajib menghalang program tarian tersebut kerana:
1) Tarian dibuat di khalayak ramai.
2) Bercampur laki-laki dan perempuan.
3) Ada dalam kalangan penari tidak menutup aurat.
4) Muzik yang dimainkan tidak menambah iman bahkan semakin lalai.

Dari sudut hukum Islam pula, program kami tidak jatuh hukum haram kerana:
1) Tidak melanggar perlembagaan persekutuan.
2) Tidak ada unsur maksiat.
3) Dalam keadaan aman tanpa kekerasan.

Namun dari sudut ‘procedure’ ataupun hukum dunia, kami dianggap melakukan kesalahan besar kerana melanggar procedure dunia. Tidak ada kebenaran daripada pihak universiti.

Begitulah Malaysia hari ini. Program maksiat berleluasa tapi tidak ada masalah kerana ada kebenaran sang pemerintah. Program yang tidak ada kebenaran terus dilabel haram. Saya tak salahkan sepenuhnya mereka yang menari, juga tidak menyalahkan sepenuhnya mereka yang menghalang.

Yang saya salahkan pada hari ini adalah sistem dan penggubal sistem. Kalau dalam Islam, walaupun mendapat kelulusan tapi pihak keselamatan Universiti Wajib menghentikan program tersebut. Kerana sistem Islam menyuruh yang berkuasa wajib mencegah perkara yang bercanggah dengan Islam.

Saya harap perkara ini perlu diteliti oleh pihak berwajib. Kalau tidak, Universiti akan semakin parah dengan “maksiat yang mengikut procedure” ini.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!