Maratibul Amal

[ Nota Tarbawi ]

Tajuk : Maratibul Amal

Tarikh : 18 Mac 2016

?Oleh Imam Hassan al-Banna

——————————————

Imam Hassan Al-Banna sangat mengambil berat terhadap permasalahan amal sehingga menjadikannya antara sepuluh rukun bai’ah.

Beliau menjelaskan turutan amal yang dituntut daripada para saudara muslim yang sebenar :

1)Tahap Pertama :

Memperbaiki diri, sehingga bertubuh kuat, berakhlak mapan, minda yang intelek, mampu berusaha, aqidah yang sejahtera, ibadat yang sahih, mujahadah terhadap jiwanya, prihatin terhadap masa, urusannya sistematik dan bermanfaat terhadap orang lain.

Semua ini adalah kewajiban setiap muslim terhadap dirinya sendiri.

2) Tahap Kedua :

Pembentukan rumahtangga muslim. Membimbing ahli keluarganya agar dapat menghormati fikrahnya. Memelihara adab-adab Islam pada setiap aspek kehidupan rumah tangga, menunjuk ajar berkaitan hak dan tanggungjawab. Mendidik isi rumah dengan membina peribadi mereka dengan asas-asas Islam.

3) Tahap Ketiga :

Membimbing masyarakat. Menyebarkan dakwah ke arah kebaikan, memerangi semua keburukan dan kemyngkaran, menggalakkan amal kebaikan, menyeru perkara makruf, segera melakukan kebaikan, meminta pandangan umum di samping fikrah Islam dan mencelup segala fenomena kehidupan umum berdasarkan fikrah ini sentiasa. Masyarakat Islam yang kita kehendaki adalah yang mematuhi perintah Allah dan berserah diri kepada Allah, menyahut seruan ke arah kebaikan, memerangi segala perkara mungkar yang keji dan mewarnai kehidupan dengan Islam.

4) Tahap Keempat :

Msmbebaskan tanah air. Membebaskan politik, ekonomi atau rohani dari segala kuasa asing yang bukan Islam.

5) Tahap Kelima :

Membaiki kerajaan sehingga menjadi benar-benar Islamik dan melaksanakan tanggungjawabnya, yang berkhidmat keada umat ini, tidak melakukan maksiat secara terang-terangan, sebagai pelaksana hukum-hakam Islam dan pengajarannya.

6) Tahap Keenam :

Mengembalikan entiti ( kedudukan alamiyyah) negara-negara kepada umat Islam dan membebaskan tanah airnya serta mengembalikan kegemilangannya.

7) Tahap Ketujuh :

Memimpin dunia dengan menyebarkan dakwah Islam di segenap pelusuk dunia.

—————————————–

Ada dalam kalangan pemuda-pemudi Islam yang tidak memandang turutan amal secara total. Ada yang hanya berfikir untuk mengislahkan dirinya sahaja tapi tidak berfikir untuk memperbaiki masyarakat sekeliling.

Bahkan ada yang hanya terhenti pada isu baitul muslim sahaja, setelah itu tidak lagi menitikberatkan ke arah pembimbingan masyarakat.

Ada juga yang hanya berfikir terus untuk mencapai tahap ketujuh, namun memandang enteng pada pembinaan peribadi dan selainnya.

Maka seharusnya kita mengambil berat akan maratibul amal yang tujuh ini dan berusaha untuk mencapai peringkat demi peringkat agar suatu saat nanti Islam akan mampu memimpin dunia dengan menyebarkan dakwah ke segenap pelusuk dunia!

[Majlis Tarbiah Dan Kepimpinan Nasional, GAMIS]

Które powodują dyskomfort seksualny zarówno dla mężczyzny, przygotowaliśmy też specjalne produkty dla mężczyzn. Już po 7 dniach kuracji będziesz dumny ze swojej silnej erekcji, czas realizacji zamówienia od momentu złożenia zamówienia i leku https://aptekanapotencje.com/tabletki-cialis-bez-recepty/ nie mogą stosować osoby uczulone na którykolwiek składnik leku.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!