MAWAR : HIMPUNAN MEGA MAHASISWI MALAYSIA 2018

Zainab la-Ghazali pernah berkata, “Wanita Muslimah mestilah mendalami agama sehingga dia benar-benar mengerti bahawa Islam inilah agama yang telah memelihara hak-haknya”.

Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) pada tahun ini telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu himpunan besar-besaran mahasiswi Malaysia dari seluruh negara untuk membincangkan berkaitan usaha memberdaya fungsi mahasiswi Islam dalam mendepani cabaran Era Malaysia Baharu dalam negara kita.

Diantara visi jangka masa panjang perhimpunan siswi ini ialah adalah, ingin melahirkan wanita muslimah yang mempunyai jiwa yang sufi, daya pengetahuan yang luas dan semangat aktivisme yang tinggi, atau dengan singkatanya, Alim, Sufi dan Haraki.

Himpunan ini dengan temanya ‘Suburkan Bunga Islam Nusantara’ bakal menampilkan 15 orang tokoh wanita Malaysia yang berpengaruh dan sentiasa menjadi rujukan buat wanita di luar sana.

Diantara isu yang akan dibahaskan dalam persidangan Mulianya Akhlak Wanita Acuan Rasulullah (MAWAR) 2018 ialah :

  1. Sejarah Kepimpinan Islam
  2. Fiqh Wanita
  3. Wanita dan Teknologi
  4. Peranan seorang Ibu dalamm elahirkan Ulamak
  5. Wanitan dan Gerakan Antarabangsa
  6. Feminisme
  7. Wanita dan Perniagaan

GAMIS menyeru kepada seluruh mahasiswi yang ada di luar sana untuk sama-sama berpartisipasi dalam persidangan ini, menyatakan sokongan dan melangkah bersama SIGMA dalam memperjuangkan Islam dalam negara kita.

Sekian. Terima kasih.

“ Istiqamah Bersama Islam “

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

 

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!