MESIR 529 : Dari Kacamata Mahasiswa

IMG-20140403-WA0010PETALING JAYA- Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) telah menganjurkan satu diskusi ilmiah : Mesir 529 malam semalam. Presiden GAMIS, Abdul Malik, dijemput sebagai panelis bergandingan dengan Dr. Mujahid Yusuf Rawa dalam membincangkan isu tersebut.

Abdul Malik menjelaskan isu ini dari sisi pandang sebagai seorang mahasiswa. Beliau menegaskan, dua aspek jelas iaitu pertama dari segi aspek kemanusiaan. Dia menegaskan di sini perihal kezaliman tentera Mesir yang telah melakukan pelbagai tindakan kejam. Aspek kedua, beliau menerangkan tentang isu pencabulan terhadap demokrasi yang telus, dan badan kehakiman.

Beliau juga menyatakan mahasiswa tidak harus hanya memakai nama sebagai mahasiswa Islam dalam mendalami isu ini. Mahasiswa harus berdiri bersama dengan mahasiswa Cina, India dan bangsa lain kerana isu ini adalah isu kemanusiaan, bukan lagi setakat isu keagamaan dan politik.

IMG-20140403-WA0013

“Anak muda seharusnya berperanan membentuk tamadun, dengan keberanian dan ilmu”-Abdul Malik.

 

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!