MESIR 529: Pandang Sisi Dr. Mujahid Rawa

PETALING JAYA – Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) telah menganjurkan forum bersemperna kemelut Mesir  529 di perkarangan masjid bangunan Akademi Pengajian Islam (APIUM) malam semalam.

Antara panelis-panelisnya adalah Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar yang juga Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, dan Presiden GAMIS, Abdul Malik Abdul Razak, moderator  Khairol Najib Hashim, Aktivis PMIUM juga Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU).

Di pusingan pertama, Dr Mujahid membentangkan kronologi Mesir dari pra-pemerintahan calon Ikhwan Muslimin (IM), Dr. Mursi sehingga kejatuhan pemerintahannya. Sepanjang pengalamannya di Mesir selama tujuh tahun, beliau menganalisa bahawa tahun 2011, Mursi berkuasa, 2012 Mursi turun dari takhta kerajaan, 2013 demokrasi mati di Mesir dan 2014 pemimpin IM dibicarakan dan akan dijatuhkan hukuman.

“Mereka (rakyat Mesir) membangkitkan revolusi sebenarnya kerana bahan api, dalam masa yang sama pihak tentera mengambil kesempatan memanipulasi keadaan dan media antarabangsa supaya jelas mereka (rakyat Mesir) tidak bersetuju dengan kerajaan Mursi”.

“Lantas Mursi menjadi mangsa keadaan, sebagai pengkhianat dan didakwa melakukan kerosakan di bumi Mesir, dan akhirnya pihak tentera menahan 529 orang aktivis pro-Mursi, dimana mereka (aktivis pro-Mursi) menuntut keadilan di pihak beliau”.

Di pusingan kedua pula, beliau menerangkan model gerakan Islam di dunia, antaranya Turki, Tunisia dan Mesir. Beliau turut menyatakan pendapat bahawa IM adalah jemaah induk (jama’ah ‘umm) bagi gerakan Islam, dimana asasnya adalah tarbiyyah, tetapi mengambil politik (siyasah) sebagai cabang, manakala PAS mengambil politik sebagai keutamaan dan cabangnya adalah dakwah dan tarbiyyah.

Antara pandangan beliau yang menyengat adalah, “Rashid al-Ghannushi (pemimpin Parti al-Nahda di Tunisia) menyatakan, tiada siapa boleh mengatakan mereka mewakili agama, undang-undang dan budaya”

Beliau juga berpendapat, “Masa kini bukanlah zaman meng’Islam’kan masyarakat, tetapi men’Tunisia’kan golongan Islam.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!