Mesir529: GMI Setuju Sidang Meja Bulat

POSTER SIDANG MEJA BULAT copyKUALA LUMPUR – Gerakan Mahasiswa Islam (GMI) bersetuju untuk bersidang membincangkan isu kekejaman di Mesir pada malam ini membincangkan modus operandi dan peranan anak muda dalam isu ini.

GMI yang terdiri daripada Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam SeMalaysia (PKPIM), Haluansiswa, IKRAMSiswa dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) akan bersidang membincangkan peranan dan strategi yang akan disepakati bersama dalam krisis umat Islam sedunia ini.

Menurut Presiden GAMIS, Abdul Malik, Sidang Meja Bulat diadakan bagi mendapat kata sepakat dan tindakan secara bersama bagi menggerakkan isu ini.

“Peranan mahasiswa Islam yang berlatarbelakangkan penglibatan dalam pertubuhan Islam amat penting sebagai agen penerangan kepada masyarakat Malaysia dan sebagai kuasa pendesak kepada kerajaan dan pihak-pihak terbabit supaya bertindak tegas terhadap kerajaan haram Mesir ini,” katanya.

Sidang Meja Bulat GMI akan diadakan pada hari ini, 27 Mac bertempat di sekitar Lembah Kelang. Sebelum ini GMI pernah mengadakan usrah pertama kali bertempat di pejabat PEMBINA di Bangi. GMI telah bersetuju untuk bersepakat dalam isu yang melibatkan kepentingan umat Islam seluruh dunia.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!