Mesir529: Kerahan Mahasiswa Islam Turun Bantahan Esok

10001408_391248701016171_1541346434_nKUALA LUMPUR – Bersempena tindakan kejam rejim kudeta Mesir menjatuhkan hukuman kepada 529 anggota Ikhwanul Muslimin baru-baru ini, GAMIS akan bersama-sama NGO muslim lain membantah di hadapan Kedutaan Mesir esok.

GAMIS bersama front-front lain antaranya PKPIM, PEMBINA, HALUANSISWA, IKRAMSISWA, MAPIM dan PAS sepakat mengutuk kekejaman mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman sewenang-wenangnya hingga sanggup mengorbankan darah dan nyawa rakyat.

Presiden GAMIS, Abdul Malik berkata, rejim kudeta haram Mesir yang tidak lain berlatarbelakangkan sokongan puak Israel ini mahu menghapuskan sebarang usaha umat Islam di sana yang mahu menentang mereka kerana mengambil alih Mesir dengan cara rampasan yang tidak sah.

“Mereka tak peduli mahu menumpahkan darah rakyat. Tindakan kejam ini sekaligus membuktikan mereka ini mahu memerintah Mesir secara diktator sebagaimana Firaun suatu ketika dahulu di tanah bumi yang sama,” ujar beliau.

GAMIS melalui gabungan Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam (PMI) seluruh kampus di Lembah Kelang akan mengerahkan ahli turun beramai-ramai membantah kekejaman Mesir ini pada esok hari selepas solat Jumaat esok di hadapan Kedutaan Mesir.

Di samping itu, di peringkat GAMIS Cawangan Negeri seluruh Malaysia akan bersama-sama mengadakan himpunan bantahan di lokasi-lokasi orang ramai serentak selepas solat Jumaat esok.

GAMIS juga turut bersolidariti bersama NGO-NGO lain yang mengutuk kekejaman Mesir ini antaranya MAPIM, PKPIM, PEMBINA, IKRAMSISWA, HALUANSISWA dan beberapa pertubuhan Islam lain termasuk Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!