MH370: GAMIS Lancar Tabung Kemanusiaan

1888497_383695138438194_672662882_n

KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) melalui Majlis Dakwah & Kebajikan melancarkan tabung kemanusiaan dan solat hajat besar-besaran ke seluruh kampus-kampus pengajian tinggi Malaysia hari esok sebagai usaha bersama berikutan tragedi pesawat MH370 Sabtu lepas.

Menurut Pengerusinya, Fahmi Mokhtar, tabung kemanusiaan ini diwujudkan demi membantu meringankan beban ahli keluarga mangsa yang kehilangan tempat bergantung harap dalam tempoh sepanjang operasi pencarian pesawat.

“Sekurang-kurangnya kita dapat menampung keperluan kewangan ahli keluarga mangsa. Hal ini mampu memberi sedikit keringanan kepada mereka yang sedang mengalami dukacita kerana kehilangan ahli keluarga sepanjang tempoh siasatan dan operasi pencarian,” kata beliau.

Berikutan itu, pelancaran tabung kemanusiaan akan digerakkan melalui Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam dan Badan Dakwah di setiap kampus di seluruh negara. Sumbangan berbentuk wang ringgit demi menampung sedikit bebanan ahli keluarga akan disalurkan terus kepada ahli keluarga mangsa.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!