MH370 : Hari Ke-19

Malaysia Plane

Berikut adalah rangkuman laporan MH370 bagi hari yang ke-19:

1) Malaysia telah mengeluarkan imej satelit baru Perancis yang menunjukkan 122 objek di kawasan 154 batu persegi barat Perth. Objek tersebut berukuran 1 m sehingga 23 m panjang.

2)Serpihan dalam gambar adalah petunjuk yang “paling dipercayai”  setakat ini, menurut Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Hishamuddin Hussein.

3)Operasi carian yang dipimpin oleh Australia di selatan Lautan Hindi  berakhir  tanpa sebarang  penemuan objek yang berkaitan dengan kes MH370. Australia melaporkan mengesan tiga objek yang mungkin tidak berkaitan dengan MH370.

4)Hishammuddin bertemu dengan wakil khas baru China ke Malaysia, Zhang Yesui.

5)Kawasan carian telah dibahagikan kepada sektor timur dan barat. Sebuah kapal dan enam pesawat digunakan bagi setiap sektor. Ping pencari dari Amerika Syarikat telah tiba di Perth untuk membantu dalam mencari kotak hitam pesawat.

6)Seorang pegawai kanan di Inmarsat telah mencadangkan agar Malaysia menangguhkan pendedahan analisisnya kerana jumlah laporan maklumat yang terlampau banyak.

7)Malaysia Airlines sedang menghadapi tuntutan mahkamah pertama ke atas kes kehilangan MH370.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!