MH370 : Maklumat carian pesawat masih tidak meyakinkan

606x341_261286

 

Tidak dapat memberi makluman lanjut mengenai kehilangan MH370, Menteri Pengangkutan Malaysia Hishammuddin Hussein tetap meneruskan sidang akhbar bersama Pengarah Penerbangan Awam, Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya.

Berikut isu penting daripada taklimat media harian perkembangan MH370 oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Kuala Lumpur hari ini:

(1) MAS akan mengetuai urusan komunikasi dengan anggota keluarga penumpang.

(2) Inmarsat menyemak maklumat terhadap enam lagi pesawat Boeing 777 yang terbang pada hari yang sama dengan MH370.

(3) Usaha mencari dan menyelamat di Koridor Utara dan kawasan Utara Koridor Selatan, berdekatan Indonesia dihentikan.

Carian kini difokuskan di Selatan Lautan Hindi.

(4) Alat pengesan kota hitam dikenali towed pinger locater dariAmerika Syarikat kini dalam perjalanan ke Perth dan dijangka tiba esok.

(5) Ia akan dipasang pada kapal Ocean Shield milik Australia, yang secara gilirannya akan tiba ke kawasan carian pada 5 April.

(6) Siasatan pada simulator kapten pesawat Zaharie Ahmad Shah masih berhalan dan polis masih menungggu maklumat terkini daripada agensi luar negara yang membantu.

(7) Malaysia akan terus mencari pesawat itu walaupun negara lain menarik di

 

-bernama-

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!