MH370: Objek Mencurigakan Dikesan

Malaysia Flight MH370

Kapal pemecah ais China, Xuelong segera mengubah haluan setelah pesawat IL-76 mengesan beberapa “objek yang mencurigakan” di selatan Lautan Hindi pagi tadi.

Pesawat IL-76 dari China tersebut telah melaporkan kewujudan objek “putih dan berbentuk petak” pada koordinat 95.1113 darjah timur longitude dan 42.5453 selatan latitude. Perkara itu kemudiannya dilaporkan kepada pusat kawalan di Australia dan juga kapal Xuelong.

Koresponden Xinhua yang mengikuti operasi tersebut berkata misi pencarian itu mengesan dua objek besar terapung dengan beberapa objek kecil bertaburan dalam radius beberapa kilometer.

Pada masa yang sama, Menteri Luar China, Hong Lei menyatakan objek yang dikesan berwarna putih dan berbentuk segi empat. Walaubagaimanapun ia tidak dapat mengesahkan samada objek yang dijumpai itu berkaitan dengan MH370.

“Kita berlawan dengan masa. Selagi ada harapan, usaha pencarian akan tetap diteruskan”. Tambahnya lagi.

Pesawat MH370 hilang pada awal pagi 8 Mac yang lalu tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur. Lebih kurang dua per tiga daripada 239 penumpang adalah warganegara China.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!