MH370 : Operasi Pencarian Dibatalkan, Thailand Kesan Objek Terapung.

0409a05c-8813-4a38-ae65-442c9baf0164-460x276

Cuaca buruk dan jarak penglihatan yang terhad di kawasan tersebut memaksa operasi pencarian MH370 dibatalkan pada hari ini.

Pada masa yang sama, Thailand telah melaporkan mengesan 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi melalui satelit pemerhati buminya. Walaubagaimanapun, Thailand tidak berani mengesahkan objek tersebut ada kaitan dengan kehilangan MH370.

Objek-objek tersebut telah dikesan kira-kira 200 kilometer dari kawasan tumpuan yang dilaporkan lebih awal oleh satelit Perancis, Australia dan China.

Geng Yansheng daripada Kementerian Pertahanan China berkata, “Pada masa ini , operasi pencarian tetap menjadi keutamaan kami. Kami akan terus memastikan anggota tentera cukup dan bersedia untuk membuat satu usaha habis-habisan dalam operasi ini. Kami akan memberikan 100 peratus selagi ada sinar harapan . ”

Australia, yang menyelaraskan operasi pencarian MH370 berkata kapal-kapal akan terus mencari , walaupun gelombang kuat.

Itu semua adalah sebahagian daripada misi menyelesaikan salah satu misteri yang paling membingungkan penerbangan MH370 ini : mengapa dan bagaimana pesawat dialihkan daripada laluan asal.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!