MH370: Pencarian Pesawat Dihentikan

1ac18c28-ea1d-447d-8616-33fabfaf679f-460x427

 

Pihak berkuasa Australia telah mengumumkan bahawa pencarian pesawat MH370 akan disambung semula lagi pada hari Rabu selepas ia dihentikan hari ini akibat cuaca buruk.

Berikut adalah kenyataan bertulis Pihak Berkuasa Maritim Australia :

1)Operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang di selatan Lautan Hindi akan disambung semula pada hari Rabu.

2)Perdana Menteri Tony Abbott mengesahkan, fokus pada masa kini adalah untuk mencari dan mendapatkan apa-apa objek yang berkaitan dengan MH370.

3)Satu carian visual akan disambung semula esok apabila cuaca bertambah baik selepas angin kuat yang menyebabkan penggantungan operasi mencari dan menyelamat pada hari Selasa.

4)Sebanyak dua belas pesawat dijangka akan terlibat dalam pencarian esok, termasuk tujuh pesawat tentera dan lima pesawat awam.

5)HMAS Success akan kembali ke kawasan carian dan menjalankan pencarian di permukaan kawasan yang dikenal pasti oleh Royal Australian Air Force P3 Orion sebagai lokasi bagi beberapa objek penting yang berkaitan dengan MH370.

6)Sebanyak enam negara kini membantu dalam operasi pencarian – Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Jepun , China dan Republik Korea.

7)India juga telah ditawarkan untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat.

8)Kapal dari China, Xue Long (Snow Dragon ) dan tiga kapal China yang lain dijangka tiba di kawasan carian pada hari Rabu.

 

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!